Thursday, April 1, 2010

Kenapa Aku Masuk U

Entry ni boleh lah dikatakan sebagai satu kesinambungan kepada entry aku yang lepas. Tajuk entry yang aku maksudkan ialah 'The first lesson: set a correct mindset'.

Korang boleh lah klik pada tajuk link tersebut kalau korang nak tau dengan lebih jelas apa aku bebelkan dalam entry yang sebelum tu. Oh, actually memang banyak aku membebel dalam tu, ada beberapa aku nak clarify dalam post aku yang ni, dan antaranya adalah sebab kenapa seseorang tu memilih untuk masuk U.

Ok first thing first. Ramai orang masuk U sebab nak dapatkan kerja yang baik, nak dapatkan gaji yang tinggi. Ini merupakan tujuan hampir setiap student yang ada atas muka bumi ni. Nak menjawat jawatan-jawatan professional bila dah grad nanti macam nak jadi seorang engineer, akauntan, lawyer dan macam-macam lagi.

Untuk menjadi semua-semua ni, tak boleh tidak, korang mesti ada kelulusan dari Universiti. Jadi tak salah sekiranya korang masuk Universiti sebab nak menjawat jawatan-jawatan penting seperti yang dimaksudkan ni.

Kedua, seorang pekerja yang tak boleh nak naik pangkat sebab tak ada degree. Sesetengah orang lepas je habis SPM, terus kerje. korang bayangkan, 18 tahun bekerja, semua pengalaman dia dah ada. Semua benda dia tahu buat, nak buat kerja-kerja CEO pun tak ada masalah.

Tapi disebabkan dia tak ada degree, nak tak nak terpaksalah dia duduk dibangku kerani selama 18 tahun. So, dia pun masuk U untuk dapatkan degree, lepas dah dapat degree, teruslah naik pangkat. Dengan kata lain, dia masuk U sebab nak naik pangkat.

Selain tu, terdapat jugak setengah golongan manusia ni, yang masuk U, yang nak belaja dekat U semata-mata sebab adik beradik semua masuk U. Benda dah jadi tradisi dan kewajipan dalam keluarga untuk semua adik beradik belajar dekat U. Soal boleh score atau tak, itu bukan masalah. Yang penting masuk U.

Keempat, masuk U sebab dapat tawaran belajar. Boleh kata masuk U ni pun sebab dapat biasiswa. Tak ada pun mintak nak masuk. Cume disebabkan dapat keputusan yang cemerlang masa SPM dulu, tu yang dapat tawaran. Dah dapat, sambar je la. Bukan kena bayar, dapat biasiswa lagi tu.

Kelima, masuk U sebab nak tunjuk dekat kawan-kawan sekolah yang diri tu hebat. Kalau korang berasal dari sekolah dikawasan pedalaman, hampir 90% pelajarnye tak akan masuk U lepas habis sekolah. Masing-masing akan memilih sama ada untuk bekerja, kahwin dan juga duk melepak je dekat uma, tunggu mati.

Keenam. ha yang ni macam cerita hindustan sikit. Masuk U sebab parents paksa. Sebab bila dah sampai masa nanti dia ada tanggungjawab untuk ambik alih bisnes keluarga. Biasanya orang macam ni memang hidup mewah bila dekat U. Dan bila dah grad, kemewahan pun dah siap menanti dia.

Ketujuh, masuk U sebab nak ubah nasib keluarga. Especially untuk keluarga-keluarga yang hidup miskin. Bila anak dapat masuk U ni, moga-moga bila dia dah grad, dah keje dapatlah dia mengubah nasib keluarga. Amiin..

Kelapan, masuk U sebab tak nak berpisah dengan boyfriend/girlfriend masa sekolah dulu. Konon nak sehidup semati, nak jaga antara satu sama lain. Geli den.. uwek

Kesembilan, masuk U sebab nak kan ilmu pengetahuan. Orang jenis ni kadang-kadang tak kisah pun pasal pointer and what so ever. Yang penting dia dapat apa yang dia nak. Dia nakkan ilmu.
ilmu, ilmu, ilmu. Itu dah cukup untuk buatkan dia rasa puas.

Sebenarnya, banyak lagi sebab kenapa seseorang tu masuk U. Banyak. Dan ada jugak yang nak masuk U sebab nak lari daripada rumah. Nak jauhkan diri dari keluarga. Macam-macam la.

Yang pasti setiap dari mereka ni, ada cara tersendiri untuk belajar.

2 comments:

  1. sebab ape ek aku masuk U

    oo sebab aku ingat kalau abis spm xmasuk U nanti sedara mara kutuk hahahahhahah

    ReplyDelete
  2. Tu pun satu sebab yang patut dimasukkan dalam entry ni hhe

    ReplyDelete