Wednesday, April 7, 2010

Budak U Terlalu Memilih Kerja?

Kalau korang rajin lepak2 dalam forum, dalam blog2 orang yang story serba sikit pasal kenapa terlalu ramai bilangan mahasiswa U yang masih menganggur, walhal memasing ada diploma, ada degree, ada ilmu, korang tak kan terlepas dari terjumpe jawapan macam ni

Salah bebudak U ni jugak, memilih sangat. Zaman sekarang ni dah la susah nak dapat kerje, patutnye ambik je dulu ape-ape keje yang dapat. Tak payah la nak memilih sangat, nak matching kan bidang kerja dengan kursus mase dekat U dulu tu!
Profesor mane yang bagi pendapat ni? Profesor madya mane yang cakap macm ni? Atau pun timbalan naib chanselor mane yang bagi statement macam ni? Atau mungkin juge ada mane-mane naib chanselor universiti yang lontarkan pandangan macam ni?

Maaf. Secara peribadi aku tak pernah jumpe lagi mane2 golongan profesional U yang bagi pendapat, statement, mahupun pandangan yang sedemikian rupe. Kalau korang pernah jumpe, please bagitau aku sape yang bagi pendapat macam ni.

Kalau ade diantara mereka ni yang cakap sedemikian rupe, sama la ibaratnye mereka ni nak mengatakan yang kursus-kursus yang U mereka tawarkan tu tak kompetitif, graduan mereka tak berkualiti, graduan tangkap muat. Most of them prefer to keep silent, and at the same time diorang buat research macam mane nak atasi masalah ni secara profesional, bukan dengan cara menghentam student2 ni dekat mane2 forum ataupun blog post.

Yang minat nak tunjuk terer hanyalah Pak Cik A, Wak B, Bibik C dan juge orang-orang yang seangkatan dengan PakCik2, wak2, dan bibik2 tersbut. Memasing nak tunjuk pandai, nak bagi pendapat konon. Iyelah, korang rase korang layak bagi pendapat kan, atas sebab ape? Sebab korang ade kerje, ada karier, bebudak U ni ape ade? Ade kertas je.

Macam tu la kot.

Degree, diploma, sijil and what so ever... it is just a ticket untuk korang sit for the interview. Lepas korang sampai ke ofis tempat korang nak gi interview tu, bukan korang lagi yang memilih, tapi majikan korang.

So after this, sebelum korang nak kate yang bebudak U ni memilih sangat, no way.. think again, it might be because majikan tu yang memilih. Bukan bebudak U ni.

Bebudak U ni cume mangse keadaan je.

Kenape?

Tunggu je la entry seterusnye ye. Aku pun budak U jugak, nak kena siapkan asignment jap.

No comments:

Post a Comment