Wednesday, April 7, 2010

Budak U Terlalu Memilih Kerja?

Kalau korang rajin lepak2 dalam forum, dalam blog2 orang yang story serba sikit pasal kenapa terlalu ramai bilangan mahasiswa U yang masih menganggur, walhal memasing ada diploma, ada degree, ada ilmu, korang tak kan terlepas dari terjumpe jawapan macam ni

Salah bebudak U ni jugak, memilih sangat. Zaman sekarang ni dah la susah nak dapat kerje, patutnye ambik je dulu ape-ape keje yang dapat. Tak payah la nak memilih sangat, nak matching kan bidang kerja dengan kursus mase dekat U dulu tu!
Profesor mane yang bagi pendapat ni? Profesor madya mane yang cakap macm ni? Atau pun timbalan naib chanselor mane yang bagi statement macam ni? Atau mungkin juge ada mane-mane naib chanselor universiti yang lontarkan pandangan macam ni?

Maaf. Secara peribadi aku tak pernah jumpe lagi mane2 golongan profesional U yang bagi pendapat, statement, mahupun pandangan yang sedemikian rupe. Kalau korang pernah jumpe, please bagitau aku sape yang bagi pendapat macam ni.

Kalau ade diantara mereka ni yang cakap sedemikian rupe, sama la ibaratnye mereka ni nak mengatakan yang kursus-kursus yang U mereka tawarkan tu tak kompetitif, graduan mereka tak berkualiti, graduan tangkap muat. Most of them prefer to keep silent, and at the same time diorang buat research macam mane nak atasi masalah ni secara profesional, bukan dengan cara menghentam student2 ni dekat mane2 forum ataupun blog post.

Yang minat nak tunjuk terer hanyalah Pak Cik A, Wak B, Bibik C dan juge orang-orang yang seangkatan dengan PakCik2, wak2, dan bibik2 tersbut. Memasing nak tunjuk pandai, nak bagi pendapat konon. Iyelah, korang rase korang layak bagi pendapat kan, atas sebab ape? Sebab korang ade kerje, ada karier, bebudak U ni ape ade? Ade kertas je.

Macam tu la kot.

Degree, diploma, sijil and what so ever... it is just a ticket untuk korang sit for the interview. Lepas korang sampai ke ofis tempat korang nak gi interview tu, bukan korang lagi yang memilih, tapi majikan korang.

So after this, sebelum korang nak kate yang bebudak U ni memilih sangat, no way.. think again, it might be because majikan tu yang memilih. Bukan bebudak U ni.

Bebudak U ni cume mangse keadaan je.

Kenape?

Tunggu je la entry seterusnye ye. Aku pun budak U jugak, nak kena siapkan asignment jap.

Tuesday, April 6, 2010

Tak Semua Yang Kita Nak Kita Akan Dapat, Walaupun....

Salam sejahtera korang semua, hhe thanks sebab sudi singgah ye.

Ingat lagi entry semalam tu? Ala yang pasal aku dah kata pasal nak sambung entry pasal kenapa budak U tapi Tak Laku tu la. Ape pendapat korang pasal entry tu? Teruk ke? Pendapat la, bukan pendapatan.

Nak aku sambung ke? Postponed dulu la ye. Ni ade lagi yang lagi penting dari entry tu.

Mungkin kite sume dah tau, setiap satu yang kite mintak, setiap ape yang kite hajatkan, stiap ape yang kite impikan, setiap ape yang kite merintih berdoa untuk dimakbulkan, belum tentu semuanya akan tercapai. Kenapa tuhan tak makbulkan?

Mungkin kerana ape yang kita mintak tu, kadang2 bakal menjauhkan diri kita dengan tuhan, lalu tuhan tak benarkan. Syukur.

Mungkin jugak setiap ape yang kita hajatkan, sebenarnye adalah hak orang lain. Ada ramai lagi yang lebih berhak dari diri korang. Itu bahagian untuk orang lain, bukan bahagian kite. Kite punye belum sampai masa lagi.

Mungkin jugak sebab setiap ape yang kita impikan, itu semua takkan tertanggung untuk kita lakukan. Untuk kite pikul bebannya satu mase nanti.

Dan mungkin juga, doa itu tak termakbul, disebabkan oleh maksiat dan dosa-dosa kecil yang kita lakukan secara berterusan. Dalam kite sedar atau dalam keadaan kite buat-buat tak sedar.

Jadi, bila ape yang korang nak, korang dah usaha, tapi akhirnye korang tak dapat. Nasihat aku...

Redha. Sebab ade hikmah disebalik kejadian.

Monday, April 5, 2010

Budak U, Tapi Tak Laku!

Ha... Ni nak salah kan sape? Korang penat2 belaja dekat U bertahun-tahun, bila dah sampai masa nak keje, tibe2 korang tak diterima.

Pergi kompeni A, die cakap sorry. Pegi kompeni B, depa khabaq depa tak mau pakai orang la ni. Pergi kompeni C, dia olang kata, lu pigi cari makan lain tempat lo, wa bisnes pun tatak ong, apa macam mau kasi lu keja sini, wa manyak soli a..

Ha.. Ape cerite ni? Bodo sangat ke ko ni? Tak mungkin, degree holder tu, kalau bodo tak mungkin dapat pegang ijazah tu. Weyh, siap ade name korang sekali okay.. Bukan pegang degree abang long punye. Banyak la ko ye, nak belit-belit pulak.

Dulu korang selalu dengar, bile ade sijil ni senang nak dapat keje. Lain r macam jiran korang tu. Cume ade SPM je kot, mane nak dapat keje. Gerenti suram je mase depan nanti. Setakat keje kilang boley ar. Wah bukan main lagi korang underestimate orang spm ni.

Tak pun, korang termakan dengan kate2 yang macam ni, dapatkan pointer yang baik, dapatkan 4.0 nanti senang ko nak cari keje. Berlumbe majikan nak sorong kerjaya untuk ko. Lepas tu korang pun pulun study. Sampai nangis2 bile tau cume dapat pointer 3.99

Tapi sekarang ni ape jadi bang? Ape jadi kak? Pointer bagus tahap boleh frame sampai tujuh keturunan pun masih lagi duk menganggur dekat rumah tunggu nasik mak masak! ape cerite ni. Mane pergi keunggulan korang mase dekat U dulu? Sampai ke sudah menumpang belas, simpati sanak saudara ni. ish malu2.

Korang rase aku tipu. Come on... Kalau aku tipu, buat ape surat khabar nak report sampai puluh-puluh ribu mahasiswa menganggur? Diorang ni sume pi menganggur bwat hapa? Ingat depa suka ka? Depa tak suka ceq oi.. Depa tak laku.

Jangan salahkan diorang. NO! Bukan salah diorang! Salah cara hidup diorang masa dekat U dulu sebenarnye. Macam mane cara hidup diorang?

Nak tau?

Esok lah aku tulis lagi yo. Penat la nak tulis panjang2, kang nanti korang jugak yang penat nak bace.

Da~, wsalam

Sunday, April 4, 2010

Malu Bertanya Sesat Jalan, Kalau Banyak Bertanya?

Alah peribahasa ni, kalau aku tak habiskan pun, gerenti korang ada idea tersendiri untuk sambungkan dia, ye tak? Ala.. korang ni kan kreatif-kreatif smue.

Yup, ni merupakan salah satu petua bila blaja dekat U. Kalau lah korang rasa environment belaja dekat U ni sangat berbeza, sangat lain, korang jadi culture shock! Mungkin ni la masanya untuk korang mula bertanya, macam mana nak survive 3 atau 4 tahun dekat U.

Ala, banyak je sumber yang korang boleh carik untuk tanya-tanya benda alah ni. Jumpe lecture korang, tanye pendapat. Dulu sebelum jadi lecturer die pun student dulu. Mesti dah berpeti-peti pengalaman dia simpan.

Susah sangat, tanya je kaunselor. Eh ko ni, mesti la dekat U pun ada kaunselor. Ingat dekat sekolah je ke. Pergi la carik dulu mane ofis kaunselor U korang, jangan nak malas sangat. Pergi ringankan kaki, ringankan mulut. Tanye.

Kalau korang ni jenis yang pandai bersosial sikit, salah satu alternatif yang korang ada, ha... tanye je dekat senior. Diorang for sure lagi tahu macam mana nak survive dengan situasi semasa. Tanye lectrer suma ni, kadang-kadang tu tips yang die bagi agak outdated sikit.

Almaklumlah, tips zaman die muda remaje dulu. Masa tu Sarjan Hassan pun masih hidup lagi, tengah lawan dengan Jepun tu ha. Kang tak pasal-pasal korang pulak yang syahdu2 dengar pengalaman silam lecturer korang tu.

Owh by the way, bab nak tanye senior ni. Kena jugak pandai pilih orang. Tak semua ko boleh main redah je nak tanye. Ade jugak yang allergic dengan soalan2 basic macam tu.

Bak kate pepatah tu la, Malu bertanya sesat jalan, Kalau Banyak Bertanya... Nampak Sangat Bodo nye budak ni. Ngeh3

Saturday, April 3, 2010

Belajar Susah-Susah Untuk Sape?

Entry ni aku rasa agak sinis. Khas untuk aku, dan untuk student-student U yang lain macam aku.

Belajar dekat U. Sape kate senang? Susah wo. Nak masuk dekat U, susah dah. Tapi tu masih belum cukup susah. Bile dah belajar dekat U pulak, la... lagilah bertambah-tambah susahnye. Kalaulah boleh setakat belajar je dekat U, mesti tak ada masalah.

But, you should know that you are on your own when you are in University. Dari makan, basuh baju, pergi kuliah, dan macam-macam lagi lah. Everything! Kalau masa sekolah dulu, at least ada la jugak mummy and daddy yang nak tolong segalanya. Mummy tolong masakkan, tolong basuhkan pakaian, and daddy pulak hantar pergi sekolah.

A'a not now. Sekarang ni la masanya untuk korang berdikari. Berdiri atas kaki sendiri.

But that is another story. Mungkin aku akan tulis something about berdikari. Tunggu je la. Kalau ada, ade lah.

One day, aku jalan-jalan dekat Berjaya Timesquare. Singgah satu kedai baju dekat tingkat 3. Sembang dengan owner kedai tu. Dia kata die ada lagi beberapa buah outlet dalam timesquare itu je. Wei... sewa mahal tu weh kalau sewa dekat timesquare. Ribu-ribu jugak sebulan. Ni dia kate dia ada lebih dari satu, mahu puluh ribu sebulan dia kena bayar.

Sambil sembang tu aku ada cakap english sikit. Berkerut-kerut tokey kedai tu bila aku speaking dengan die. Baru aku tau, rupenye dia tak tau cakap orang putih. LANGSUNG.

What the fun!

Jadi untuk kaitkan dengan motif aku tulis entry aku ni, aku just nak bagitau. Adakalanya kita ni tak perasan, tak tau, tak pernah nak ambik tau sebab ape kita belajar susah-susah selama ni. Kita punye la pulun habis-habisan study bagai nak rak, sudahnya bila dah kerja?

Tak mustahil kita akan dapat boss yang lagi bengap dari kita. Yang tak habis sekolah, yang tak pernah pijak kaki ke sekolah langsung pun ada.

Tapi boss yang macam ni la yang akan tunjal-tunjal kepala kita, yang arah-arah kita nak kena buat ape.

Korang pernah rasa? Korang rasa korang hebat bila ada degree, ada master, ada PhD dan macam-macam lagi. Tapi boss korang lagi power, sebab hanya berbekalkan sijil kantoi UPSR dah boleh arah-arahkan orang macam korang yang ada sijil tinggi menggunung untuk buat ape.

Oh terhinanya.

Friday, April 2, 2010

Betulkan Niat

Kalau korang baca entry aku satu persatu, korang akan dapati yang entry sebelum ni aku story pasal kenapa seseorang tu masuk U.

Ye, memang ada macam-macam sebab. Bak kata orang putih, ada hidden agenda. Eh biasa la, lain orang kan lain cara, lain motif, lain matlamat, dan macam-macam lagi lah yang lain. Tujuan korang masuk U pun aku sure, lain dengan tujuan aku.

Setiap amalan kan bermula dari niat, dan setiap apa yang dilakukan adalah sama dengan apa yang diniatkannya. Macam tu la, maksud hadis.

Hari ni cume entry pendek. Tak terasa macam aku nak membebel panjang. Let's keep the best till the last. Uiceh tak pe ye.

Walau ape pun niat korang semua masuk U, yang penting niat pada awal2 tu kena lah betul. Ikhlaskan hati nak belajar, nak terima ilmu yang berbakul-bakul, yang menggunung dari lecturer2 U nanti.

Dan, let's score for a great result.

Thursday, April 1, 2010

Kenapa Aku Masuk U

Entry ni boleh lah dikatakan sebagai satu kesinambungan kepada entry aku yang lepas. Tajuk entry yang aku maksudkan ialah 'The first lesson: set a correct mindset'.

Korang boleh lah klik pada tajuk link tersebut kalau korang nak tau dengan lebih jelas apa aku bebelkan dalam entry yang sebelum tu. Oh, actually memang banyak aku membebel dalam tu, ada beberapa aku nak clarify dalam post aku yang ni, dan antaranya adalah sebab kenapa seseorang tu memilih untuk masuk U.

Ok first thing first. Ramai orang masuk U sebab nak dapatkan kerja yang baik, nak dapatkan gaji yang tinggi. Ini merupakan tujuan hampir setiap student yang ada atas muka bumi ni. Nak menjawat jawatan-jawatan professional bila dah grad nanti macam nak jadi seorang engineer, akauntan, lawyer dan macam-macam lagi.

Untuk menjadi semua-semua ni, tak boleh tidak, korang mesti ada kelulusan dari Universiti. Jadi tak salah sekiranya korang masuk Universiti sebab nak menjawat jawatan-jawatan penting seperti yang dimaksudkan ni.

Kedua, seorang pekerja yang tak boleh nak naik pangkat sebab tak ada degree. Sesetengah orang lepas je habis SPM, terus kerje. korang bayangkan, 18 tahun bekerja, semua pengalaman dia dah ada. Semua benda dia tahu buat, nak buat kerja-kerja CEO pun tak ada masalah.

Tapi disebabkan dia tak ada degree, nak tak nak terpaksalah dia duduk dibangku kerani selama 18 tahun. So, dia pun masuk U untuk dapatkan degree, lepas dah dapat degree, teruslah naik pangkat. Dengan kata lain, dia masuk U sebab nak naik pangkat.

Selain tu, terdapat jugak setengah golongan manusia ni, yang masuk U, yang nak belaja dekat U semata-mata sebab adik beradik semua masuk U. Benda dah jadi tradisi dan kewajipan dalam keluarga untuk semua adik beradik belajar dekat U. Soal boleh score atau tak, itu bukan masalah. Yang penting masuk U.

Keempat, masuk U sebab dapat tawaran belajar. Boleh kata masuk U ni pun sebab dapat biasiswa. Tak ada pun mintak nak masuk. Cume disebabkan dapat keputusan yang cemerlang masa SPM dulu, tu yang dapat tawaran. Dah dapat, sambar je la. Bukan kena bayar, dapat biasiswa lagi tu.

Kelima, masuk U sebab nak tunjuk dekat kawan-kawan sekolah yang diri tu hebat. Kalau korang berasal dari sekolah dikawasan pedalaman, hampir 90% pelajarnye tak akan masuk U lepas habis sekolah. Masing-masing akan memilih sama ada untuk bekerja, kahwin dan juga duk melepak je dekat uma, tunggu mati.

Keenam. ha yang ni macam cerita hindustan sikit. Masuk U sebab parents paksa. Sebab bila dah sampai masa nanti dia ada tanggungjawab untuk ambik alih bisnes keluarga. Biasanya orang macam ni memang hidup mewah bila dekat U. Dan bila dah grad, kemewahan pun dah siap menanti dia.

Ketujuh, masuk U sebab nak ubah nasib keluarga. Especially untuk keluarga-keluarga yang hidup miskin. Bila anak dapat masuk U ni, moga-moga bila dia dah grad, dah keje dapatlah dia mengubah nasib keluarga. Amiin..

Kelapan, masuk U sebab tak nak berpisah dengan boyfriend/girlfriend masa sekolah dulu. Konon nak sehidup semati, nak jaga antara satu sama lain. Geli den.. uwek

Kesembilan, masuk U sebab nak kan ilmu pengetahuan. Orang jenis ni kadang-kadang tak kisah pun pasal pointer and what so ever. Yang penting dia dapat apa yang dia nak. Dia nakkan ilmu.
ilmu, ilmu, ilmu. Itu dah cukup untuk buatkan dia rasa puas.

Sebenarnya, banyak lagi sebab kenapa seseorang tu masuk U. Banyak. Dan ada jugak yang nak masuk U sebab nak lari daripada rumah. Nak jauhkan diri dari keluarga. Macam-macam la.

Yang pasti setiap dari mereka ni, ada cara tersendiri untuk belajar.