Tuesday, September 21, 2010

Segulung Ijazah Segunung Harapan Selautan Kasih

Siti Aminah Binti Kassim

Kelas Pertama

pap pap pap pap pap pap pap

Semua hadiran yang memenuhi Dewan Seri Budiman, UiTM Malaysia bertepuk tangan sebaik sahaja nama Siti Aminah disebut. Suasana dewan menjadi gegak gempita seketika. Sesekali kedengaran nama Siti Aminah disebut sayup-sayup, tenggelam dek bunyi tepukan dan bunyi muzik latar berirama 'caklempong' yang mengisi suasana Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM ke-67.

Siti Aminah sempat menjeling kearah hadirin yang mengisi Dewan Seri Budiman pada ketika itu. Jelas, banyak muka-muka yang tak dikenali, namun jauh di satu sudut kelihatan Maimunah tak henti-henti menyeka air mata.

"...mak, janganlah nangis, nanti Inah pun rasa nak nangis jugak la..ish mak ni..", Siti Aminah bermonolog sendiri. Kalau bukan sebab dirinya berada diatas pentas sekarang ni, mesti dia pun dah join sekali menangis.

Hari tu je, berbakul-bakul ucapan tahniah Siti Aminah terima. Kalau setakat bawak bakul pergi pasar, alamat tak cukup la nak isi ucapan-ucapan tahniah tu semua. Ini belum campur lagi hadiah-hadiah yang Siti Aminah dapat pada hari tu. Dari sejambak bunga hinggalah ke teddy bear graduation. Macam-macam ada.

Tujuh tahun yang lepas, Siti Aminah masih lagi seorang pelajar sekolah menengah. Masih lagi dalam tingkatan 4. Orang kata tingkatan 4 tu honeymoon phase. Tapi istilah tu langsung tak ada dalam dirinya. Dia bukan orang senang, ayah Siti Aminah dah lama meninggal dunia sejak dia masih lagi bersekolah rendah. Kemalangan jalan raya.. Mangsa langgar lari sebenarnya.

Sejak dari saat tu, rasa tanggungjawab timbul dalam dirinya. Walaupun dia bukanlah anak sulung, tapi Siti Aminah tahu.. Ada tanggungjawab yang perlu dia galas. Mengubah nasib keluarga bukanlah tanggungjawab anak sulung semata-mata. Tapi setiap ahli keluarga.

"...Kalau hari ni orang buat tak kenal je dengan keluarga aku.. kalau hari ni keluarga aku terpaksa hidup susah.. Satu hari nanti semua tu aku akan ubah! Ini sumpah Ina, ini janji Ina.. dan Ina akan pastikan semuanya tercapai!..."

Janji-janji yang pernah Siti Aminah lafazkan satu persatu muncul dalam ingatan. Ya, itu janji Siti Aminah dengan dirinya sendiri. Walaupun tak ada sesiapa pun yang tahu, tetapi Dia tahu. Allah yang Maha Esa tahu. Itu sudah cukup besar baginya berbanding satu dunia tahu.

Selepas tamat je Majlis Konvokesyen tu nanti, semua yang pernah Siti Aminah hajati, dia berpeluang untuk laksanakan. Semuanya akan bukan lagi jadi angan-angan.

Kejayaan Siti Aminah bukanlah semata-mata kerana daya usahanya seorang diri.

Kalau tidak kerana kasih tuhan, masakan dia beroleh kekuatan untuk bertahan.
Kalau bukan kerana redha tuhan, masakan dia beroleh kejayaan.
Kalau tiada izin tuhan, tak akan mampu meraih pencapaian sedemikian.

dan...diiring bersama doa ibu yang selalu merindukan..


Penulis
sabree hussin

Bayi Dibuang Siswi IPTA

Hari ini entah macam mana, mata aku tiba-tiba terpaku untuk baca satu artikel yang dimuatkan dalam satu akhbar harian metro. Kalau korang semua ada beli Harian Metro bertarikh 20 September 2010, korang mesti akan terbaca satu kisah bertajuk "Dibuang siswi IPTA" dimuka surat 10 akhbar tersebut.

Dalam artikel ini memuatkan satu tragedi yang melibatkan seorang siswi yang tak diberitahu nama IPTA yang terlibat, yang mana dia terlibat dalam pembuangan bayi. Namun, mungkin kerana sifat kemanusiaan dan naluri seorang ibu masih lagi berbaki dalam hati sanubari dia, dia kembali mengambil bayi tersebut.

Dia ni seorang yang pandai. Mula-mula dia buang bayi tu. Tak lama lepas tu, dia ambik balik bayi tersebut kemudian berpura-pura macam dia adalah orang pertama yang terjumpa bayi tersebut. Sehebat-hebat lakonan dia, hebat lagi Allah swt yang mana Dia telah mentakdirkan untuk orang dapat tahu yang bayi tersebut adalah milik si siswi tadi.

***********************************tamat******************************************

Ini merupakan sebahagian daripada kisah seram yang berlaku dikalangan penuntut dan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke pringkat yang lebih tinggi. Semakin tinggi ilmu keduniaan mereka, semakin merosot pulak ilmu agama.

Nampak macam ini merupakan trend budak-budak U zaman sekarang. Oh maaf, trend budak-budak U sepanjang zaman.

Macam mana nak realisasikan aspirasi negara untuk melahirkan graduan yang berkualiti tinggi, kalau pelajar IPT pun sibuk nak melahirkan bayi?

Sunday, September 19, 2010

Harga Segulung Ijazah

Tak lama lagi aku menamatkan pengajian aku. Bermakna tak lama lagi jugak aku akan digugurkan taraf sebagai seorang pelajar. Gelaran tersebut terpaksa aku lepaskan, setelah hampir 3 tahun aku meminjam title tersebut dari Universiti tempat aku belajar ni.

Tapi aku tak kesal, malah aku sangat-sangat berterima kasih sebab diberi peluang dan ruang untuk berada dimana tempat aku berada sekarang ni. Aku diberikan ilmu, pendedahan, pengalaman, tunjuk ajar dan banyak lagi yang belum tentu orang lain pun dapat rasa seperti mana yang aku rasa.

Jadi jika ditanya, berapakah harga segulung ijazah itu bagi aku, aku akan kata harganya tak lebih daripada harga sehelai kertas A4 yang kita guna untuk fotostat handout yang pensyarah bagi. Bukan tak ada nilai, tapi tak lebih dari RM0.10.

Tak lebih dari sepuluh sen.

Namun kalau ditanya, berapakah harga yang patut diletakkan bagi seorang pemegang ijazah sarjana muda jurusan xxx. Pastinya aku kata tak ternilai harganya.

Sampai ke saat ni, aku masih lagi berpegang pada prinsip, bukan ijazah yang menentukan tahap kejayaan sesorang. Bukan berapa banyak A, bukan berapa kali berjaya merebut dean list, dan bukan berapa kali berjaya mencapai 4.0 dalam setiap kali final exam.

Tapi, itulah dia sikap yang dibawa dan dimiliki oleh pemegang ijazah tersebut.

Sanggupkah dia berusaha lebih daripada apa yang ditentukan. Mahukah bersusah payah terlebih dahulu semata-mata mahu hidup senang dihari yang bakal mendatang. Beranikah mengambil keputusan yang jarang-jarang orang ambil? Mungkin kah untuk mengambil jalan yang berbeza daripada jalan-jalan yang sedia ada?

Sungguh.. perjalanan itu sangat jauh dan berliku.. dan sepatutnya ijazah itu menjadi benteng dan penunjuk jalan andai kata cabaran menguji dipertengahan.

Segulung ijazah tak akan jadi lebih mahal dari selautan sampah, seandainya peranannya dihadkan untuk menghiasi dinding dalam bingkai yang dipahad indah.

Saturday, September 18, 2010

Secangkir Kata Penulis Diari Budak U

Bila aku baca balik blog Diari Budak U, ada beberapa perkara yang buat aku sebut perkataan '...aisey..kenapa jadik macam ni pulak'

Sebab pertama, aku perasan aku agak jarang menulis dalam blog ni. Kerajinan agak berkurangan untuk menulis sejak akhir-akhir ni. Fokus aku beri lebih pada blog-blog aku yang lain. Bukan senang nak tulis pasal Budak U sejak akhir-akhir ni, memandangkan aku sendiri pun hampir-hampir nak meninggalkan student life dalam masa terdekat.

Kedua, adakalanya aku rasakan apa yang aku tulis dalam ni quite misleading. Mungkin apa yang aku tulis sedikit sebanyak menimbulkan rasa tak puas hati golongan akademik yang secara tak sengaja baca blog aku ni.

Setiap apa yang ditulis tak ubah hanya sekadar pandangan peribadi penulis, akibat pengalaman yang tak seberapa sepanjang menjadi seorang pelajar di Universiti tempatan. Adakalanya aku ni terlebih-lebih dalam menulis, dan terlalu mengikut emosi..

Tujuan aku cuma satu je sebenarnya, aku cuma harap ada orang yang dapat lihat apa yang aku nampak, dan dapat sama-sama merasai apa yang aku lalui.

Tak semua orang akan ada pengalaman seperti yang aku rasa.

Walaupun apa yang aku tulis ni, cuma dapat menyentuh seorang dalam 28 juta rakyat malaysia, bagi aku itu sudah cukup.

Semoga dari pengalaman aku yang tak seberapa ni, ada yang sanggup untuk ambik pedoman mana-mana yang baik, dan sanggup jugak untuk beri pandangan mana-mana yang tak elok.

....sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali bagi orang yang nasihat-menasihati. Nasihat kearah kebenaran dan penuh kesabaran...

Tuesday, September 7, 2010

Pengalaman Praktikal Yang Menyakitkan 1

Nasib baik, aku masih lagi berpegang pada kewarasan yang masih tinggal sikit dalam kepala, hati dan sanubari aku. Secara jujur, aku sendiri tak pasti.. Dekat mana sebenarnya lokasi kesabaran aku ni. Adekah ia berselindung dalam kepala, menyorok dalam hati atau memang sebenarnya tersemat dijiwa sanubari?

Ewah.. Bahasa macam hape ntah..

Saat-saat nak kena habiskan sesi internship dekat company yang boleh dikira bangang luar biasa ni memang betul-betul mencabar kesabaran aku yang sebenarnya bukanlah seorang yang penyabar. Tapi tak ape, aku act cool. Pretend to be nothing happen.

Weyh, this is a fact.

Setengah company yang ambik praktikal student, die tunjal-tunjal je kepala budak praktikal ni. Silap-silap haribulan, dia suruh buat kerja-kerja cleaner pun boleh jadik. Bukan nak kata apa, ada jugak setengah company yang sebenarnya tak banyak sangat kerja. So, bagi la kerja yang remeh-temeh ni.

Tapi kalau aku, aku tak panggil dia sebagai kerja yang remeh temeh la. Aku panggil dia sebagai kerja-kerja bangsat.

Daripada nak bagi kerja-kerja bangsat ni, kan lagi baik ko bagi je budak2 praktikal ni habis awal, tak pun bagi je cuti sebulan. Nanti kalau ada job nak kena buat roger je la.

Haha kalau company aku nanti aku buat macam ni la, tapi memandangkan aku masih belum ada company...

Kena la sabar dulu ye nampaknya