Saturday, April 3, 2010

Belajar Susah-Susah Untuk Sape?

Entry ni aku rasa agak sinis. Khas untuk aku, dan untuk student-student U yang lain macam aku.

Belajar dekat U. Sape kate senang? Susah wo. Nak masuk dekat U, susah dah. Tapi tu masih belum cukup susah. Bile dah belajar dekat U pulak, la... lagilah bertambah-tambah susahnye. Kalaulah boleh setakat belajar je dekat U, mesti tak ada masalah.

But, you should know that you are on your own when you are in University. Dari makan, basuh baju, pergi kuliah, dan macam-macam lagi lah. Everything! Kalau masa sekolah dulu, at least ada la jugak mummy and daddy yang nak tolong segalanya. Mummy tolong masakkan, tolong basuhkan pakaian, and daddy pulak hantar pergi sekolah.

A'a not now. Sekarang ni la masanya untuk korang berdikari. Berdiri atas kaki sendiri.

But that is another story. Mungkin aku akan tulis something about berdikari. Tunggu je la. Kalau ada, ade lah.

One day, aku jalan-jalan dekat Berjaya Timesquare. Singgah satu kedai baju dekat tingkat 3. Sembang dengan owner kedai tu. Dia kata die ada lagi beberapa buah outlet dalam timesquare itu je. Wei... sewa mahal tu weh kalau sewa dekat timesquare. Ribu-ribu jugak sebulan. Ni dia kate dia ada lebih dari satu, mahu puluh ribu sebulan dia kena bayar.

Sambil sembang tu aku ada cakap english sikit. Berkerut-kerut tokey kedai tu bila aku speaking dengan die. Baru aku tau, rupenye dia tak tau cakap orang putih. LANGSUNG.

What the fun!

Jadi untuk kaitkan dengan motif aku tulis entry aku ni, aku just nak bagitau. Adakalanya kita ni tak perasan, tak tau, tak pernah nak ambik tau sebab ape kita belajar susah-susah selama ni. Kita punye la pulun habis-habisan study bagai nak rak, sudahnya bila dah kerja?

Tak mustahil kita akan dapat boss yang lagi bengap dari kita. Yang tak habis sekolah, yang tak pernah pijak kaki ke sekolah langsung pun ada.

Tapi boss yang macam ni la yang akan tunjal-tunjal kepala kita, yang arah-arah kita nak kena buat ape.

Korang pernah rasa? Korang rasa korang hebat bila ada degree, ada master, ada PhD dan macam-macam lagi. Tapi boss korang lagi power, sebab hanya berbekalkan sijil kantoi UPSR dah boleh arah-arahkan orang macam korang yang ada sijil tinggi menggunung untuk buat ape.

Oh terhinanya.

No comments:

Post a Comment