Monday, January 25, 2010

Misconception Tentang Student Life

Sape yang kata jadi student ni senang? Alah memanglah setengah orang yang senget sikit pemikiran diorang ni kata, jadi student ni senang, tak perlu nak fikirkan hal2 dunia, tak perlu risau masalah2 negare. Harga minyak naik ke, turun ke semua tak ada kena mengena dengan student, macam lah sebagai student ni kita hidup dalam alam lain.

Obviously, it is not true. Apa yang diorang rasa, kita sebagai student pun mestilah akan rasa. Kalau diorang terpaksa beli petrol dengan harga RM1.80 seliter, golongan student pun kena bayar dengan harga yang sama. Pendek kata, apa yang orang dah bekerja ni kena bayar, banyak mana yang diorang kena bayar, kitorang golongan student pun kena jugak bayar dengan amount yang serupe. So mane datangnye idea ni, nak fitnah golongan student ni hidup senang la. Cakap tak fikir dulu ke apa. Patutnya kitorang ni la yang paling susah, at least orang2 yang bising2 ni ada jugak gaji bulanan, dan setengah tu ada la jugak pendapatan tetap. Kalau golongan student ni? Ada ka? Harapkan biasiswa dengan student loan je la.

Memang tak dinafikan, ada setengah student memang datang dari keluarga yang kaya, berharta. Nak apa2 semua boleh dapat, (tapi tak ada la termasuk boleh senang2 je nak dapat A). Tapi berapa kerat sangat? Alah lagi2 kalau dekat IPTA, nampak je macam kaya, tapi rupenye biasa je. Dressing je macam bagus, rupenye sama jugak sengkek macam aku (Ops). So, tak payah la nak act yang kita ni kaya kalau nak belanja girlfriend makan sedap2 pun terpaksa call parents mintak dana (Oops lagi). Ha ni lagi satu hal, aku pun tak faham, apa dah jadi dengan mentaliti golongan student ni.

What happen to the concept of living within our means?




Saturday, January 23, 2010

Aku, Diari Budak U, & Blog

Aku masih ingat lagi, mase tu tahun 2005. Ada beberapa hari atau mungkin minggu untuk aku jawab soalan exam SPM, tapi masa tu cikgu2 dah start bagi taklimat pasal apa yang kitorang kena buat lepas habis SPM nanti. Uih cepatnye nak suruh kitorang pikir2 benda2 ni semua. Macam dah tak sabar nak suh kitorang berambus dari sekolah ni cepat pulak (hhe)

Masa tu borang permohonan untuk kemasukkan ke Kolej Matrikulasi dah keluar, and kitorang kena isi. Mase tu aku pun tak tau kenape aku kena isi. Tapi tak pe la, untuk menjadi student yang taat kepada cikgunya, aku pun isi je la.

Tak lama lepas tu, kitorang kena isi pulak borang UPU. UPU ni merupakan akronim bagi perkataan Unit Pusat Universiti. Melalui UPU ni lah student2 akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke U untuk mengambil diploma.

Macam yang sebelum ni aku dah kata, just in case korang tertidur masa baca tulisan aku ni, aku dah pernah isi borang untuk permohonan belajar ke Kolej Matrikulasi, dan lepas tu aku isi pulak borang untuk kemasukkan ke U. Secara rasminya aku buat 2 permohonan, satu ke matrikulasi dan satu lagi ke peringkat diploma.

Lepas habis je SPM dan result pun dah keluar, tawaran yang mula2 sampai ke rumah aku ialah tawaran untuk masuk ke matrikulasi. Memandangkan aku pun tak tau sama ada aku patut amik ke tak tawaran tu dan aku pun tak ada sape2 yang boleh aku tanye pendapat pada masa tu, jadi aku pun amik je la. Sebab belajar dekat matrikulasi bukan lama pun, cuma setahun je. Lepas tu dah boleh nak masuk universiti.

Sekarang ni aku masih lagi membina impian aku dekat salah satu IPTA di Malaysia. Blog ini adalah aku, dan cerita ini adalah cerita aku. Aku akui sepanjang aku berada di IPTA ni, aku ada buat beberapa kesilapan, tapi aku tak boleh nak kembali ke masa lepas macam Hiro Nakamura untuk betulkan balik kesilapan2 yang aku pernah buat.

Cume yang termampu aku buat adalah ceritakan kepada yang membaca blog ini. Dengan harapan, korang takkan lakukan seperti mana aku yang dah terbuat beberapa kesilapan.




Friday, January 22, 2010

Apa Agaknya Ye Laluan Korang Ke Universiti?

Nak masuk U? Sure, boleh je and perhaps almost everybody can enter the University. Kalau ada keinginan disitu pasti ada jalan. Orang tak buat pepatah ni saje2, dan memang terbukti, kalau kita usaha mesti boleh berjaya, and off course dengan keizinan tuhan.

Alright, sistem pendidikan dekat Malaysia ni sebenarnya tak lah sesusah dan se-complicated mana. Boleh dikatakan kalau kita ikut sistem yang betul, follow the instruction dah boleh dah untuk kita masuk U.

Alright, aku bagi contoh kalau nak masuk IPTA lah ye, lepas habis SPM, korang boleh
  1. Masuk sekolah menengah tinggi, amik exam untuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), lepas tu terus masuk U and amik degree.
  2. Masuk Kolej Matrikulasi, lepas setahun atau 2 tahun (bergantung pada keperluan kolej) korang dah boleh masuk U and amik degree.
  3. Sambung belajar dekat politeknik, lepas habis belajar dekat situ pun masih boleh masuk U jugak.
  4. Sambung belajar dekat U terus, amik diploma.
Bagi 4 cara ni je pun dah cukup lah kan, tak perlulah nak banyak2 cara. Okay mungkin korang pernah dengar pasal masuk U guna backdoor, pakai 'kabel bawah tanah' dan perkara2 yang seumpamanya, tapi bagi aku tak perlulah kita nak peduli kes2 terpencil ni.

Anggap je lah orang2 yang masuk U dengan cara ni mengidap penyakit bodoh tahap kronik dan dia perlukan bantuan untuk masuk U. Sesetengah U memang ada sediakan kuota untuk kes2 terpencil macam ni. Aku tak nak la cerita panjang2 pasal benda ni, sebab ia melibatkan polisi sesebuah universiti itu sendiri. It's a win win situation yang hanya pihak atasan dan pihak pengurusan sesebuah universiti itu sahaja yang faham.

Macam mane pulak dengan IPTS? As for me it is simple. As long as you have money, you can enroll to any IPTS you dream off. Tapi kena faham, kos pembelajaran dekat IPTS bukannya murah dan tak semua dari kita ni orang senang.

Apa yang membezakan antara IPTS dan IPTA adalah sama ada ia mendapat bantuan dari kerajaan ataupun tak. Macam IPTA, kebanyakan mendapat dana dari kerajaan untuk beroperasi walaupun bukannya 100%. Lain pulak halnya dengan IPTS, biasanya mereka tak mendapat apa2 dana dari kerajaan dan mereka ni lebih berkonsepkan business oriented. Mereka cari makan dengan cara menjual ilmu, dan biasanya IPTS ini lebih mementingkan pelajar2 yang mampu membayar yuran pengajian.

Mari kita lupakan dulu soal IPTS, sebab rata2 pelajar di Malaysia ni pasti akan memilih untuk memasuki IPTA, sebagai pilihan utama kerana reputasi dan kredibiliti yang dah sedia diketahui umum. Kalau boleh biarlah IPTS itu menjadi pilihan kedua atau ketiga kalau tak mau nak jadikan ia sebagai pilihan terakhir. Bukan nak kondem atau nak labelkan IPTS itu sebagai tak bagus, cuma berpadalah dalam membuat pemilihan. Kos pembelajaran yang lebih murah patut menjadi keutamaan, tapi bukan nak menyuruh korang berkompromi dengan kualiti pengajaran.




Ada Apa Dengan U?

Dulu aku cume dengar-dengar je dari kawan-kawan yang kononnye belajar dekat U ni lain sikit, tak sama style die macam belajar dekat sekolah. Kalau dekat U kita bebas sikit, tapi biasalah, aku pun bukan percaya sangat kata diorang tu semua. Almaklumlah, yang menyampaikan info ni pun classmate aku sendiri mase dekat sekolah menengah dulu, die pun belum pernah masuk U, ade hati nak cakap pasal belajar dekat U. So, obviously aku takkan percaya punye (ho ho).

Tapi sekarang situasi mungkin lain sikit, ye lah aku dah pun merasa macam mane berada di U. Oh sebelum tu, U dekat sini aku refer kepada universiti ok, bukannye URTV mahupun You & I. So jangan memandai-mandai nak salah tafsir.

Kalau dulu pada tahun 60 an dan awal 70 an mungkin para ibubapa dah rasa bangga gila kalau anak2 diorang dapat tawaran masuk U, tak cukup dengan keluarga, silap2 satu kampung pun ikut bergembira berpesta kenduri doa selamat untuk si anak yang nak melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading.

Cuma sekarang ni, zaman dah berubah, dah lain sikit, dah tak sama macam dulu. Pendidikan diperingkat U boleh dikata sebagai perkara wajib yang perlu ada pada setiap individu. Kalau dulu mungkin kita boleh survive dan boleh memegang jawatan2 profesional dengan cume berbekalkan segulung sijil SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia. Tapi sekarang?

Mungkin masih ada lagi yang boleh survive, tapi ramai ke? Aku masih ingat lagi sebelum ni aku pernah call satu company untuk tanye tempat untuk menjalankan latihan praktikal, akak tu tanye dekat aku, awak ni ada diploma ke degree?

Jangan salah faham dengan apa yang aku cuba nak sampaikan, kalau ikut logik memanglah latihan praktikal tu untuk student U (atau mana2 institusi yang memerlukan latihan praktikal), tapi cuba bayangkan, pelajar yang menjalankan latihan praktikal tak semestinya orang yang tak tau buat ape2, and sometimes hasil kerja mereka ni juga setara dengan pekerja tetap di syarikat tersebut.

Baru nak carik tempat praktikal dah susah, ni belum lagi nak mencarik tempat untuk bekerja. Macam2 benda dan kerenah kita kena hadapi, nak pointer tinggi la, nak diploma, nak degree, nak kena ada master, mesti kena hensem? (hensem tu tak semestinye la haha tapi ia satu advantage). Walaupun kita dah tunjuk yang kita ada semua tu, pun masih belum tentu lagi kita akan dapat kerja yang dimintak sebab mungkin ada lagi ramai calon yang hebat-hebat yang menjadi pesaing kita.

Well, ini realiti kehidupan masa kini, semua orang akan merasa dan akan terasa kesannya. Bagi individu yang tak berjaya untuk sampai ke U, tak apa...mungkin bukan rezeki korang. Tapi korang kena pastikan anak-anak korang dapat melangkah masuk ke U, dan keluar dengan kejayaan dari U.

Memiliki kelulusan dari mana2 U tak menjamin masa depan yang baik, tapi hakikatnya, ia membantu untuk memiliki masa depan yang cerah. Jangan kerana korang boleh survive dengan sijil SPM yang korang ada, korang pun beranggapan nanti2 anak korang pun mampu survive macam korang jugak. Kesian dekat anak2 korang nanti kalau terpaksa ke sana kemari tetapi masih lagi tak dapat apa yang nak dicari.

Ini merupakan pengenalan kepada posting2 yang bakal aku tulis dalam blog ni, sebahagian dari apa yang aku tulis adalah dari pengalaman sebenar aku, sebahagian dari pengalaman kawan2 aku, dan mungkin juga aku akan selitkan sekali cerita2 tipu yang aku reka sendiri (tak la, main2 je).

Harapan aku satu hari nanti mungkin blog ni akan jadi salah satu blog rujukan untuk bakal-bakal mahasiswa, dan mahasiswa2 yang masih lagi melanjutkan pelajaran. Mood blog ni mungkin agak rileks, tapi aku sirius dengan apa yang aku tulis, and last words dari aku..

Enjoy!