Wednesday, March 31, 2010

The First Lesson : Set a Correct Mindset

Mindset, mindset, mindset. Sekarang ni almost everybody says the same things. Mindset.

Mindset itu lah yang akan menentukan macam mana cara kita akan berfikir, membuat keputusan, dan bertindak. Kalau korang memiliki mindset yang salah, aku boleh gerenti sepanjang masa korang berada dekat Universiti nanti, korang pasti akan cenderung untuk membuat keputusan yang kurang tepat sepanjang masa.

Belajar dekat U semestinye tak sama macam kita belajar dekat sekolah menengah. Walaupun kecemerlangan dari segi akademik yang selalu diagung-agungkan oleh setiap orang, tapi itu bukan segala-galanya.

Korang kena faham itu.

Tak setuju?

Ok, macam ni. Sebab tu aku cakap berkenaan dengan mindset. Korang kena tau ape tujuan sebenar korang masuk U. Kenapa lepas je habis sekolah korang bersusah payah nak masuk U? Tujuan korang masuk U pastinya tak sama dengan tujuan kawan korang masuk U.

Boleh jadi korang masuk U sebab korang plan nak dapatkan pekerjaan yang baik satu masa nanti bila korang dah grad. Tapi kawan korang? Boleh jadi sebab parents dia yang paksa dia masuk U, sebab lepas dia grad nanti dia akan ambik alih bisnes keluarga. Atau boleh jadi jugak ada antara kawan korang, yang masuk U semata-mata nak dapatkan degree. Itu je.

Tengok carta aliran ni ye.

Sekolah ---> Masuk Universiti ---> Kerja

Padahal, korang boleh skip langkah nombor 2 tu kepada

Sekolah ---> Kerja

Carta aliran ni basically untuk orang-orang yang plan untuk menjadi seorang pekerja lepas je habis belajar dekat U. Jadi, kalau korang dah tetapkan dalam mindset korang yang korang nak jadi seorang pekerja bila dah grad nanti, maka sepanjang korang berada dkat U, korang kena lengkapkan dalam diri korang segala ilmu yang perlu untuk menjadi seorang pekerja.

Imagine, kalau sepanjang masa korang berada dekat U, korang sibuk concentrate dngan study, asik bergelumang dengan buku siang malam, macam mana korang boleh kata yang korang confirm bakal jadi seorang pekerja yang baik satu masa nanti.

Ok la, sebelum entry ni jadi terlalu panjang, aku akan stop sini dulu. Tapi perbincangan kita masih belum habis lagi ea.

Nanti aku sambung ye. See ya (macam nak hujan pulak dekat uma aku ni, cuak aku nak on laptop lama-lama. Kang tak pasal-pasal kena sambar petir, tak dapat aku nak tulis entry-entry lain pulak)

Ini Blog Student Life

Salam sejahtera korang semua. Semoga korang sentiasa hepi-hepi selalu ye.

Mungkin selama ni masih ramai yang tak tau pasal ape aku nak buat blog berkenaan dengan student life ni semua. Berbaloi ke? Ade ke orang nak baca?

Erm.. Kalau nak dikira berbaloi atau tak, tu aku serahkan kepada Nuffnang dan mana-mana syarikat pengiklanan yang terlibat untuk tolong jawabkan. Dan berkenaan soalan kedua tu pulak, eheh disebabkan korang baca entry dalam blog aku, ni dah cukup untuk menjawab persoalan ada orang nak baca ke tak tersebut.

Eh, korang ni pun orang kan. Kira ada la jugak orang yang nak baca.

Diari budak U... Basically aku tulis berkenaan dengan hidup sebagai seorang student. Perlu ke nak belajar 24 jam sehari? Mesti ke setiap masa bergelumang dengan aktiviti akademik semata-mata?

Dan mungkin korang jugak ada nak tau, bagaimanakah yang dikatakan kehidupan yang ideal sebagai seorang student. Dan macam-macam lagi aku akan cuba tangkap muat dalam blog ni.

Apa yang aku harapkan cumelah agar korang semua bakal enjoy untuk baca segala bagai entry yang aku hasilkan dengan penat lelah ni. Ya, ada yang semberono, ada yang macam bagus, dan macam-macam ada.

Itu rencah kehidupan manusia. Aku insan yang lemah. Aku tak mampu untuk menjerit dengan kuat sehingga satu dunia mampu mendengar mesej yang cube aku sampaikan. Yang termampu untuk aku lakukan, hanyalah menulis. Aku harap sedikit sebanyak ia boleh menjadi panduan.

Mana yang baik silalah ambik, dan mana yang tak baik, anggaplah ia sebagai satu gurauan kasar dari aku. Mungkin aku ada terbagi saranan dan nasihat yang merapu, yang tu korang semua boleh buat tak tau dan anggaplah aku tengah tulis lagu.

By the way, aku nak highlight dekat sini, walaupun aku kata berkenaan dengan student life, ini tak bermakna aku menulis berkenaan pelajar sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan apa-apa yang bersangkutan.

Blog ini aku target pada golongan mahasiswa universiti, sama ada swasta mahupun awam. Itu saje. So, aku harap korang takkan terkeliru lepas ni.