Sunday, September 29, 2013

Hutang PTPTN : Bila Dah Berhutang Wajib Bayar

Hutang PTPTN ni memang potong stim betul la. Elok-elok aku langsung tak ada hutang, sekarang ni aku dah terjebak pulak dengan hutang yang bukan disengajakan.

Memang la dengan bantuan kewangan dari PTPTN, aku dapat menuntut ilmu.

Aku dapat kenal apa itu pengurusan kewangan.

Tak apa, ini bukan satu ayat penyesalan.

Lepas habis belajar hari tu, hujung bulan duit mesti habis. Habis pakai untuk keperluan asas dan keperluan untuk pergi kerja.

Sekarang bila aku dah ubah cara aku buat duit, dari kerja makan gaji kepada kerja sendiri, pun sama jugak. Duit masih lagi tak cukup untuk bayar hutang PTPTN.

Sekali sekala terpaksa jugak aku dulukan duit aku sendiri untuk buat modal berniaga.

Kerja makan gaji, kerja sendiri... sama je susahnya. Walaupun datangnya dalam wajah yang berbeza.

Bila ingat-ingat balik, ada jugak duit PTPTN yang aku gunakan untuk tujuan selain untuk study. :-)

Patutnya... guna 100% untuk belajar. Kalau buat macam tu, duit sebenarnya ada berlebih-lebih. 

Sekarang ni aku tengah pertimbangkan, aku rasa aku nak bayar PTPTN sehari seringgit :-)

Boleh kan buat macam tu.

Kan orang kata... janji kita bayar.

Kalau hutang kad kredit, aku kena selesaikan jugak. Kalau boleh nak selesaikan hutang kad kredit cepat-cepat. Bahaya hutang kad kredit ni kalau kita simpan lama-lama.


Saturday, September 28, 2013

Budak Universiti Ramai Salah Langkah Join MLM

Apa dah jadi dengan budak-budak U yang beriya-iya promote MLM ni? Diorang ni dah salah langkah ke macam mana? Lupa ke mereka ni, yang student ni tanggungjawabnya ialah untuk study.

Bukan pergi join MLM atau buat bisnes yang bukan-bukan. Menyibukkan diri ke sana ke sini, sebab nak beri dakwah MLM.

Yang buat aku pelik, mana la diorang ni dapat duit sampai ribu-ribu ringgit sebab nak masuk MLM. MLM yang diorang ni masuk tu pulak yang jenis get rich quick scheme pulak tu.

Nak kaya cepat-cepat nak buat apa? Take your time la brother.

Enjoy your youth. Enjoy your student life.

Nanti bila dah habis belajar, ha lantak ko la nak buat apa pun. Tak ada siapa pun yang nak larang.

Ni sampai ada yang cerita pengalaman pahit join bisnes network marketing ni. Tak syok la macam ni.

Dah ko tu tak fikir panjang, kenapa. Bisnes ni ada risiko. Apa jenis bisnes sekalipun la... memang tak lari daripada risiko.

Jadi masa mula-mula dengar pasal peluang buat duit dengan MLM ni, tak pernah tergerak hati ke nak tanya... apa risiko dia?

Kalau dalam masa 3 bulan tak balik modal macam mana?

Kalau dalam masa 6 bulan tetap tak ada orang yang nak join bawah aku macam mana?

Kalau dalam masa dua bulan ni aku nak pakai duit macam mana? Duit ni semua aku dah habiskan untuk join MLM. Macam mana? Siapa yang nak tolong?

Kehidupan kat U ni sangat pantas. Setiap hari mesti akan belajar benda baru. Lagi-lagi kalau kos yang kita ambik tu, kita tak ada basic.

Memang tak terkejar nak belajar semua. MLM ke apa benda ni semua gangguan semata-mata. Korang nak kena keluar, attend meeting, ada gathering, lepak-lepak dengan ahli, business meeting, brainstorming...

Bai.... banyak betul masa ko nak buat tu semua. Pukul 8 keluar dari hostel, pukul berapa nak balik?

Paling cepat 3 pagi. Biasanya, dekat-dekat pukul 5 baru nak balik. Esok pagi kelas pukul 8. Kalau boleh bangun, boleh la pergi. Kalau tak boleh bangun... skip kelas.

Merepek la budak-budak yang dah terlanjur masuk MLM ni.

Kalau betul nak masuk jugak MLM, start small. Kepala tak pening. Yang penting finish big.

Jangan sekadar start big, finish apa pun tak ada. MLM ada yang kecik-kecik modalnya. Lepas tu boleh gunakan internet sebagai medium pemasaran.

Yang ko tiap-tiap hari bawak prospek, belum tentu lagi diorang ni akan masuk pun kan.

Entah lah. Dah besar kan? Rasa dah masuk U dah pandai kan? So fikir la sendiri.

Wednesday, September 25, 2013

Budak Sekolah Sekarang Dah Tak Minat Belajar. Kenapa?

Aku mula rasa tak faham dengan budak-budak sekolah zaman sekarang. Sedikit sebanyak aku jadi makin pening, macam mana diorang ni boleh hilang minat nak belajar?

Cuba korang fikir, kalau budak sekolah dah tak minat nak belajar, dah tak minat nak pergi sekolah, sebenarnya kita patut bagi mereka ni buat apa?

Untuk situasi kita di Malaysia sekarang ni, apa aktiviti sihat yang budak-budak bawah umur boleh buat dan sesuai untuk diorang kalau bukan kena bersekolah?

Any idea?

Lagi aku tak faham... budak-budak sekolah ni tak sabar-sabar nak bekerja. Memang la best kalau dah kerja. Rasa seronok bila kawan-kawan lain tak ada duit, engko tu pulak ada banyak duit.

Tak kan pemikiran budak sekolah ni sampai tahap tu je?

Mak bapak macam mana? Memang sokong ke bila anak-anak malas belajar atau mak bapak sekarang ni lebih ramai yang ambik pendekatan lepas tangan?

Bukan senang nak jaga budak-budak generasi internet ni. Very well informed dan cara pemikiran diorang ni sangat beza.

Jangan sampai kita terlepas pandang apa yang anak-anak kita buat, sampai kita tak sedar, kat belakang kita, anak-anak perempuan kita jual gambar bogel sendiri dekat lelaki hidung belang. 

Jangan... jangan... jangan tunggu keadaan jadi buruk dan dah tak boleh dikawal baru terhegeh-hegeh nak main peran.