Friday, January 22, 2010

Apa Agaknya Ye Laluan Korang Ke Universiti?

Nak masuk U? Sure, boleh je and perhaps almost everybody can enter the University. Kalau ada keinginan disitu pasti ada jalan. Orang tak buat pepatah ni saje2, dan memang terbukti, kalau kita usaha mesti boleh berjaya, and off course dengan keizinan tuhan.

Alright, sistem pendidikan dekat Malaysia ni sebenarnya tak lah sesusah dan se-complicated mana. Boleh dikatakan kalau kita ikut sistem yang betul, follow the instruction dah boleh dah untuk kita masuk U.

Alright, aku bagi contoh kalau nak masuk IPTA lah ye, lepas habis SPM, korang boleh
  1. Masuk sekolah menengah tinggi, amik exam untuk Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), lepas tu terus masuk U and amik degree.
  2. Masuk Kolej Matrikulasi, lepas setahun atau 2 tahun (bergantung pada keperluan kolej) korang dah boleh masuk U and amik degree.
  3. Sambung belajar dekat politeknik, lepas habis belajar dekat situ pun masih boleh masuk U jugak.
  4. Sambung belajar dekat U terus, amik diploma.
Bagi 4 cara ni je pun dah cukup lah kan, tak perlulah nak banyak2 cara. Okay mungkin korang pernah dengar pasal masuk U guna backdoor, pakai 'kabel bawah tanah' dan perkara2 yang seumpamanya, tapi bagi aku tak perlulah kita nak peduli kes2 terpencil ni.

Anggap je lah orang2 yang masuk U dengan cara ni mengidap penyakit bodoh tahap kronik dan dia perlukan bantuan untuk masuk U. Sesetengah U memang ada sediakan kuota untuk kes2 terpencil macam ni. Aku tak nak la cerita panjang2 pasal benda ni, sebab ia melibatkan polisi sesebuah universiti itu sendiri. It's a win win situation yang hanya pihak atasan dan pihak pengurusan sesebuah universiti itu sahaja yang faham.

Macam mane pulak dengan IPTS? As for me it is simple. As long as you have money, you can enroll to any IPTS you dream off. Tapi kena faham, kos pembelajaran dekat IPTS bukannya murah dan tak semua dari kita ni orang senang.

Apa yang membezakan antara IPTS dan IPTA adalah sama ada ia mendapat bantuan dari kerajaan ataupun tak. Macam IPTA, kebanyakan mendapat dana dari kerajaan untuk beroperasi walaupun bukannya 100%. Lain pulak halnya dengan IPTS, biasanya mereka tak mendapat apa2 dana dari kerajaan dan mereka ni lebih berkonsepkan business oriented. Mereka cari makan dengan cara menjual ilmu, dan biasanya IPTS ini lebih mementingkan pelajar2 yang mampu membayar yuran pengajian.

Mari kita lupakan dulu soal IPTS, sebab rata2 pelajar di Malaysia ni pasti akan memilih untuk memasuki IPTA, sebagai pilihan utama kerana reputasi dan kredibiliti yang dah sedia diketahui umum. Kalau boleh biarlah IPTS itu menjadi pilihan kedua atau ketiga kalau tak mau nak jadikan ia sebagai pilihan terakhir. Bukan nak kondem atau nak labelkan IPTS itu sebagai tak bagus, cuma berpadalah dalam membuat pemilihan. Kos pembelajaran yang lebih murah patut menjadi keutamaan, tapi bukan nak menyuruh korang berkompromi dengan kualiti pengajaran.




No comments:

Post a Comment