Friday, January 22, 2010

Ada Apa Dengan U?

Dulu aku cume dengar-dengar je dari kawan-kawan yang kononnye belajar dekat U ni lain sikit, tak sama style die macam belajar dekat sekolah. Kalau dekat U kita bebas sikit, tapi biasalah, aku pun bukan percaya sangat kata diorang tu semua. Almaklumlah, yang menyampaikan info ni pun classmate aku sendiri mase dekat sekolah menengah dulu, die pun belum pernah masuk U, ade hati nak cakap pasal belajar dekat U. So, obviously aku takkan percaya punye (ho ho).

Tapi sekarang situasi mungkin lain sikit, ye lah aku dah pun merasa macam mane berada di U. Oh sebelum tu, U dekat sini aku refer kepada universiti ok, bukannye URTV mahupun You & I. So jangan memandai-mandai nak salah tafsir.

Kalau dulu pada tahun 60 an dan awal 70 an mungkin para ibubapa dah rasa bangga gila kalau anak2 diorang dapat tawaran masuk U, tak cukup dengan keluarga, silap2 satu kampung pun ikut bergembira berpesta kenduri doa selamat untuk si anak yang nak melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading.

Cuma sekarang ni, zaman dah berubah, dah lain sikit, dah tak sama macam dulu. Pendidikan diperingkat U boleh dikata sebagai perkara wajib yang perlu ada pada setiap individu. Kalau dulu mungkin kita boleh survive dan boleh memegang jawatan2 profesional dengan cume berbekalkan segulung sijil SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia. Tapi sekarang?

Mungkin masih ada lagi yang boleh survive, tapi ramai ke? Aku masih ingat lagi sebelum ni aku pernah call satu company untuk tanye tempat untuk menjalankan latihan praktikal, akak tu tanye dekat aku, awak ni ada diploma ke degree?

Jangan salah faham dengan apa yang aku cuba nak sampaikan, kalau ikut logik memanglah latihan praktikal tu untuk student U (atau mana2 institusi yang memerlukan latihan praktikal), tapi cuba bayangkan, pelajar yang menjalankan latihan praktikal tak semestinya orang yang tak tau buat ape2, and sometimes hasil kerja mereka ni juga setara dengan pekerja tetap di syarikat tersebut.

Baru nak carik tempat praktikal dah susah, ni belum lagi nak mencarik tempat untuk bekerja. Macam2 benda dan kerenah kita kena hadapi, nak pointer tinggi la, nak diploma, nak degree, nak kena ada master, mesti kena hensem? (hensem tu tak semestinye la haha tapi ia satu advantage). Walaupun kita dah tunjuk yang kita ada semua tu, pun masih belum tentu lagi kita akan dapat kerja yang dimintak sebab mungkin ada lagi ramai calon yang hebat-hebat yang menjadi pesaing kita.

Well, ini realiti kehidupan masa kini, semua orang akan merasa dan akan terasa kesannya. Bagi individu yang tak berjaya untuk sampai ke U, tak apa...mungkin bukan rezeki korang. Tapi korang kena pastikan anak-anak korang dapat melangkah masuk ke U, dan keluar dengan kejayaan dari U.

Memiliki kelulusan dari mana2 U tak menjamin masa depan yang baik, tapi hakikatnya, ia membantu untuk memiliki masa depan yang cerah. Jangan kerana korang boleh survive dengan sijil SPM yang korang ada, korang pun beranggapan nanti2 anak korang pun mampu survive macam korang jugak. Kesian dekat anak2 korang nanti kalau terpaksa ke sana kemari tetapi masih lagi tak dapat apa yang nak dicari.

Ini merupakan pengenalan kepada posting2 yang bakal aku tulis dalam blog ni, sebahagian dari apa yang aku tulis adalah dari pengalaman sebenar aku, sebahagian dari pengalaman kawan2 aku, dan mungkin juga aku akan selitkan sekali cerita2 tipu yang aku reka sendiri (tak la, main2 je).

Harapan aku satu hari nanti mungkin blog ni akan jadi salah satu blog rujukan untuk bakal-bakal mahasiswa, dan mahasiswa2 yang masih lagi melanjutkan pelajaran. Mood blog ni mungkin agak rileks, tapi aku sirius dengan apa yang aku tulis, and last words dari aku..

Enjoy!



1 comment:

  1. rata2 majikan mahukam graduan ade kemahiran vokasional ..,,and than para graduan mestilah ade pengalaman..,,jadi pelajar yg baru lepas U tu kene carik pengalaman yek..,

    ReplyDelete