Saturday, January 23, 2010

Aku, Diari Budak U, & Blog

Aku masih ingat lagi, mase tu tahun 2005. Ada beberapa hari atau mungkin minggu untuk aku jawab soalan exam SPM, tapi masa tu cikgu2 dah start bagi taklimat pasal apa yang kitorang kena buat lepas habis SPM nanti. Uih cepatnye nak suruh kitorang pikir2 benda2 ni semua. Macam dah tak sabar nak suh kitorang berambus dari sekolah ni cepat pulak (hhe)

Masa tu borang permohonan untuk kemasukkan ke Kolej Matrikulasi dah keluar, and kitorang kena isi. Mase tu aku pun tak tau kenape aku kena isi. Tapi tak pe la, untuk menjadi student yang taat kepada cikgunya, aku pun isi je la.

Tak lama lepas tu, kitorang kena isi pulak borang UPU. UPU ni merupakan akronim bagi perkataan Unit Pusat Universiti. Melalui UPU ni lah student2 akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke U untuk mengambil diploma.

Macam yang sebelum ni aku dah kata, just in case korang tertidur masa baca tulisan aku ni, aku dah pernah isi borang untuk permohonan belajar ke Kolej Matrikulasi, dan lepas tu aku isi pulak borang untuk kemasukkan ke U. Secara rasminya aku buat 2 permohonan, satu ke matrikulasi dan satu lagi ke peringkat diploma.

Lepas habis je SPM dan result pun dah keluar, tawaran yang mula2 sampai ke rumah aku ialah tawaran untuk masuk ke matrikulasi. Memandangkan aku pun tak tau sama ada aku patut amik ke tak tawaran tu dan aku pun tak ada sape2 yang boleh aku tanye pendapat pada masa tu, jadi aku pun amik je la. Sebab belajar dekat matrikulasi bukan lama pun, cuma setahun je. Lepas tu dah boleh nak masuk universiti.

Sekarang ni aku masih lagi membina impian aku dekat salah satu IPTA di Malaysia. Blog ini adalah aku, dan cerita ini adalah cerita aku. Aku akui sepanjang aku berada di IPTA ni, aku ada buat beberapa kesilapan, tapi aku tak boleh nak kembali ke masa lepas macam Hiro Nakamura untuk betulkan balik kesilapan2 yang aku pernah buat.

Cume yang termampu aku buat adalah ceritakan kepada yang membaca blog ini. Dengan harapan, korang takkan lakukan seperti mana aku yang dah terbuat beberapa kesilapan.




No comments:

Post a Comment