Tuesday, September 21, 2010

Segulung Ijazah Segunung Harapan Selautan Kasih

Siti Aminah Binti Kassim

Kelas Pertama

pap pap pap pap pap pap pap

Semua hadiran yang memenuhi Dewan Seri Budiman, UiTM Malaysia bertepuk tangan sebaik sahaja nama Siti Aminah disebut. Suasana dewan menjadi gegak gempita seketika. Sesekali kedengaran nama Siti Aminah disebut sayup-sayup, tenggelam dek bunyi tepukan dan bunyi muzik latar berirama 'caklempong' yang mengisi suasana Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM ke-67.

Siti Aminah sempat menjeling kearah hadirin yang mengisi Dewan Seri Budiman pada ketika itu. Jelas, banyak muka-muka yang tak dikenali, namun jauh di satu sudut kelihatan Maimunah tak henti-henti menyeka air mata.

"...mak, janganlah nangis, nanti Inah pun rasa nak nangis jugak la..ish mak ni..", Siti Aminah bermonolog sendiri. Kalau bukan sebab dirinya berada diatas pentas sekarang ni, mesti dia pun dah join sekali menangis.

Hari tu je, berbakul-bakul ucapan tahniah Siti Aminah terima. Kalau setakat bawak bakul pergi pasar, alamat tak cukup la nak isi ucapan-ucapan tahniah tu semua. Ini belum campur lagi hadiah-hadiah yang Siti Aminah dapat pada hari tu. Dari sejambak bunga hinggalah ke teddy bear graduation. Macam-macam ada.

Tujuh tahun yang lepas, Siti Aminah masih lagi seorang pelajar sekolah menengah. Masih lagi dalam tingkatan 4. Orang kata tingkatan 4 tu honeymoon phase. Tapi istilah tu langsung tak ada dalam dirinya. Dia bukan orang senang, ayah Siti Aminah dah lama meninggal dunia sejak dia masih lagi bersekolah rendah. Kemalangan jalan raya.. Mangsa langgar lari sebenarnya.

Sejak dari saat tu, rasa tanggungjawab timbul dalam dirinya. Walaupun dia bukanlah anak sulung, tapi Siti Aminah tahu.. Ada tanggungjawab yang perlu dia galas. Mengubah nasib keluarga bukanlah tanggungjawab anak sulung semata-mata. Tapi setiap ahli keluarga.

"...Kalau hari ni orang buat tak kenal je dengan keluarga aku.. kalau hari ni keluarga aku terpaksa hidup susah.. Satu hari nanti semua tu aku akan ubah! Ini sumpah Ina, ini janji Ina.. dan Ina akan pastikan semuanya tercapai!..."

Janji-janji yang pernah Siti Aminah lafazkan satu persatu muncul dalam ingatan. Ya, itu janji Siti Aminah dengan dirinya sendiri. Walaupun tak ada sesiapa pun yang tahu, tetapi Dia tahu. Allah yang Maha Esa tahu. Itu sudah cukup besar baginya berbanding satu dunia tahu.

Selepas tamat je Majlis Konvokesyen tu nanti, semua yang pernah Siti Aminah hajati, dia berpeluang untuk laksanakan. Semuanya akan bukan lagi jadi angan-angan.

Kejayaan Siti Aminah bukanlah semata-mata kerana daya usahanya seorang diri.

Kalau tidak kerana kasih tuhan, masakan dia beroleh kekuatan untuk bertahan.
Kalau bukan kerana redha tuhan, masakan dia beroleh kejayaan.
Kalau tiada izin tuhan, tak akan mampu meraih pencapaian sedemikian.

dan...diiring bersama doa ibu yang selalu merindukan..


Penulis
sabree hussin

3 comments:

  1. dan, kesusahan, kepayahan yang dihadapi siti aminah sejak kecil lagi menjadi pembakar semangat dan motivasi dirinya untuk terus tabah dan berjaya dalam hidup.. Baginya prinsip diri untuk terus gigih mengharungi cabaran demi mencapai sebuah kejayaan adalah kunci kekuatan hidupnya.. Kini, Siti Aishah boleh terseyum dalam air mata atas berkat doa, kuasa Tuhan dan redha ibunya dia berdiri atas pentas untuk mengambil segulung ijazah yang diimpikan bersama sejuta harapan untuk masa mendatang.. Pujian dan ucapan padanya merupakan satu doa dan harapan buat siti aishah dan keluarga.. Semoga terus menulis ya!!!.. akak suke blog awak.. akak follow ye. :)

    ReplyDelete