Sunday, September 19, 2010

Harga Segulung Ijazah

Tak lama lagi aku menamatkan pengajian aku. Bermakna tak lama lagi jugak aku akan digugurkan taraf sebagai seorang pelajar. Gelaran tersebut terpaksa aku lepaskan, setelah hampir 3 tahun aku meminjam title tersebut dari Universiti tempat aku belajar ni.

Tapi aku tak kesal, malah aku sangat-sangat berterima kasih sebab diberi peluang dan ruang untuk berada dimana tempat aku berada sekarang ni. Aku diberikan ilmu, pendedahan, pengalaman, tunjuk ajar dan banyak lagi yang belum tentu orang lain pun dapat rasa seperti mana yang aku rasa.

Jadi jika ditanya, berapakah harga segulung ijazah itu bagi aku, aku akan kata harganya tak lebih daripada harga sehelai kertas A4 yang kita guna untuk fotostat handout yang pensyarah bagi. Bukan tak ada nilai, tapi tak lebih dari RM0.10.

Tak lebih dari sepuluh sen.

Namun kalau ditanya, berapakah harga yang patut diletakkan bagi seorang pemegang ijazah sarjana muda jurusan xxx. Pastinya aku kata tak ternilai harganya.

Sampai ke saat ni, aku masih lagi berpegang pada prinsip, bukan ijazah yang menentukan tahap kejayaan sesorang. Bukan berapa banyak A, bukan berapa kali berjaya merebut dean list, dan bukan berapa kali berjaya mencapai 4.0 dalam setiap kali final exam.

Tapi, itulah dia sikap yang dibawa dan dimiliki oleh pemegang ijazah tersebut.

Sanggupkah dia berusaha lebih daripada apa yang ditentukan. Mahukah bersusah payah terlebih dahulu semata-mata mahu hidup senang dihari yang bakal mendatang. Beranikah mengambil keputusan yang jarang-jarang orang ambil? Mungkin kah untuk mengambil jalan yang berbeza daripada jalan-jalan yang sedia ada?

Sungguh.. perjalanan itu sangat jauh dan berliku.. dan sepatutnya ijazah itu menjadi benteng dan penunjuk jalan andai kata cabaran menguji dipertengahan.

Segulung ijazah tak akan jadi lebih mahal dari selautan sampah, seandainya peranannya dihadkan untuk menghiasi dinding dalam bingkai yang dipahad indah.

3 comments:

  1. ijazah xpenting sekarang ini bro,nang awak,jom membentuk komuniti nang

    ReplyDelete
  2. alright encik najib, saya akan nang entry kamu kalau terjumpa dekat innit

    ReplyDelete
  3. sabree : nilai ilmu itu sesungguhnya xterkira harganya.. InsyaAllah, nanti kalau awak kerja awak tahulah betapa ramai mengejar segulung ijazah yang amat diperlukan spt. dlm kenaikan pangkat.. Semakin lama kita bekerja semakin kita melakukan perkara yang sama. Semakin mahir kita, kita perlukan kepakaran dan ilmu yang kita peroleh melalui pendidikan, universiti, segulung ijazah, master dan sbgnya.. peluang yang diperoleh ketika belajar gunakan sebaik mungkin ya..

    ReplyDelete