Saturday, September 18, 2010

Secangkir Kata Penulis Diari Budak U

Bila aku baca balik blog Diari Budak U, ada beberapa perkara yang buat aku sebut perkataan '...aisey..kenapa jadik macam ni pulak'

Sebab pertama, aku perasan aku agak jarang menulis dalam blog ni. Kerajinan agak berkurangan untuk menulis sejak akhir-akhir ni. Fokus aku beri lebih pada blog-blog aku yang lain. Bukan senang nak tulis pasal Budak U sejak akhir-akhir ni, memandangkan aku sendiri pun hampir-hampir nak meninggalkan student life dalam masa terdekat.

Kedua, adakalanya aku rasakan apa yang aku tulis dalam ni quite misleading. Mungkin apa yang aku tulis sedikit sebanyak menimbulkan rasa tak puas hati golongan akademik yang secara tak sengaja baca blog aku ni.

Setiap apa yang ditulis tak ubah hanya sekadar pandangan peribadi penulis, akibat pengalaman yang tak seberapa sepanjang menjadi seorang pelajar di Universiti tempatan. Adakalanya aku ni terlebih-lebih dalam menulis, dan terlalu mengikut emosi..

Tujuan aku cuma satu je sebenarnya, aku cuma harap ada orang yang dapat lihat apa yang aku nampak, dan dapat sama-sama merasai apa yang aku lalui.

Tak semua orang akan ada pengalaman seperti yang aku rasa.

Walaupun apa yang aku tulis ni, cuma dapat menyentuh seorang dalam 28 juta rakyat malaysia, bagi aku itu sudah cukup.

Semoga dari pengalaman aku yang tak seberapa ni, ada yang sanggup untuk ambik pedoman mana-mana yang baik, dan sanggup jugak untuk beri pandangan mana-mana yang tak elok.

....sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali bagi orang yang nasihat-menasihati. Nasihat kearah kebenaran dan penuh kesabaran...

1 comment:

  1. tak ape.. walau pun awak buka lagi bergelar seorang pelajar, tapi.. bole tetap menulis.. pastinya ada variasi dan nampak perubahan jalan hidup dan tulisan awak lagi menarik!.. teruskan menulis bahan2x ilmiah, dan lain-lain disamping dpt membentuk kretiviti sabree juga akan rasa penulisan is something release stress dgn cara yg professional.. maybe working experience after this.. maknenye diari budak u yang mula mengharungi dunia kerjaya.. tu cadangan akak lah.

    ReplyDelete