Sunday, September 19, 2010

Harga Segulung Ijazah

Tak lama lagi aku menamatkan pengajian aku. Bermakna tak lama lagi jugak aku akan digugurkan taraf sebagai seorang pelajar. Gelaran tersebut terpaksa aku lepaskan, setelah hampir 3 tahun aku meminjam title tersebut dari Universiti tempat aku belajar ni.

Tapi aku tak kesal, malah aku sangat-sangat berterima kasih sebab diberi peluang dan ruang untuk berada dimana tempat aku berada sekarang ni. Aku diberikan ilmu, pendedahan, pengalaman, tunjuk ajar dan banyak lagi yang belum tentu orang lain pun dapat rasa seperti mana yang aku rasa.

Jadi jika ditanya, berapakah harga segulung ijazah itu bagi aku, aku akan kata harganya tak lebih daripada harga sehelai kertas A4 yang kita guna untuk fotostat handout yang pensyarah bagi. Bukan tak ada nilai, tapi tak lebih dari RM0.10.

Tak lebih dari sepuluh sen.

Namun kalau ditanya, berapakah harga yang patut diletakkan bagi seorang pemegang ijazah sarjana muda jurusan xxx. Pastinya aku kata tak ternilai harganya.

Sampai ke saat ni, aku masih lagi berpegang pada prinsip, bukan ijazah yang menentukan tahap kejayaan sesorang. Bukan berapa banyak A, bukan berapa kali berjaya merebut dean list, dan bukan berapa kali berjaya mencapai 4.0 dalam setiap kali final exam.

Tapi, itulah dia sikap yang dibawa dan dimiliki oleh pemegang ijazah tersebut.

Sanggupkah dia berusaha lebih daripada apa yang ditentukan. Mahukah bersusah payah terlebih dahulu semata-mata mahu hidup senang dihari yang bakal mendatang. Beranikah mengambil keputusan yang jarang-jarang orang ambil? Mungkin kah untuk mengambil jalan yang berbeza daripada jalan-jalan yang sedia ada?

Sungguh.. perjalanan itu sangat jauh dan berliku.. dan sepatutnya ijazah itu menjadi benteng dan penunjuk jalan andai kata cabaran menguji dipertengahan.

Segulung ijazah tak akan jadi lebih mahal dari selautan sampah, seandainya peranannya dihadkan untuk menghiasi dinding dalam bingkai yang dipahad indah.

Saturday, September 18, 2010

Secangkir Kata Penulis Diari Budak U

Bila aku baca balik blog Diari Budak U, ada beberapa perkara yang buat aku sebut perkataan '...aisey..kenapa jadik macam ni pulak'

Sebab pertama, aku perasan aku agak jarang menulis dalam blog ni. Kerajinan agak berkurangan untuk menulis sejak akhir-akhir ni. Fokus aku beri lebih pada blog-blog aku yang lain. Bukan senang nak tulis pasal Budak U sejak akhir-akhir ni, memandangkan aku sendiri pun hampir-hampir nak meninggalkan student life dalam masa terdekat.

Kedua, adakalanya aku rasakan apa yang aku tulis dalam ni quite misleading. Mungkin apa yang aku tulis sedikit sebanyak menimbulkan rasa tak puas hati golongan akademik yang secara tak sengaja baca blog aku ni.

Setiap apa yang ditulis tak ubah hanya sekadar pandangan peribadi penulis, akibat pengalaman yang tak seberapa sepanjang menjadi seorang pelajar di Universiti tempatan. Adakalanya aku ni terlebih-lebih dalam menulis, dan terlalu mengikut emosi..

Tujuan aku cuma satu je sebenarnya, aku cuma harap ada orang yang dapat lihat apa yang aku nampak, dan dapat sama-sama merasai apa yang aku lalui.

Tak semua orang akan ada pengalaman seperti yang aku rasa.

Walaupun apa yang aku tulis ni, cuma dapat menyentuh seorang dalam 28 juta rakyat malaysia, bagi aku itu sudah cukup.

Semoga dari pengalaman aku yang tak seberapa ni, ada yang sanggup untuk ambik pedoman mana-mana yang baik, dan sanggup jugak untuk beri pandangan mana-mana yang tak elok.

....sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali bagi orang yang nasihat-menasihati. Nasihat kearah kebenaran dan penuh kesabaran...

Tuesday, September 7, 2010

Pengalaman Praktikal Yang Menyakitkan 1

Nasib baik, aku masih lagi berpegang pada kewarasan yang masih tinggal sikit dalam kepala, hati dan sanubari aku. Secara jujur, aku sendiri tak pasti.. Dekat mana sebenarnya lokasi kesabaran aku ni. Adekah ia berselindung dalam kepala, menyorok dalam hati atau memang sebenarnya tersemat dijiwa sanubari?

Ewah.. Bahasa macam hape ntah..

Saat-saat nak kena habiskan sesi internship dekat company yang boleh dikira bangang luar biasa ni memang betul-betul mencabar kesabaran aku yang sebenarnya bukanlah seorang yang penyabar. Tapi tak ape, aku act cool. Pretend to be nothing happen.

Weyh, this is a fact.

Setengah company yang ambik praktikal student, die tunjal-tunjal je kepala budak praktikal ni. Silap-silap haribulan, dia suruh buat kerja-kerja cleaner pun boleh jadik. Bukan nak kata apa, ada jugak setengah company yang sebenarnya tak banyak sangat kerja. So, bagi la kerja yang remeh-temeh ni.

Tapi kalau aku, aku tak panggil dia sebagai kerja yang remeh temeh la. Aku panggil dia sebagai kerja-kerja bangsat.

Daripada nak bagi kerja-kerja bangsat ni, kan lagi baik ko bagi je budak2 praktikal ni habis awal, tak pun bagi je cuti sebulan. Nanti kalau ada job nak kena buat roger je la.

Haha kalau company aku nanti aku buat macam ni la, tapi memandangkan aku masih belum ada company...

Kena la sabar dulu ye nampaknya