Tuesday, September 7, 2010

Pengalaman Praktikal Yang Menyakitkan 1

Nasib baik, aku masih lagi berpegang pada kewarasan yang masih tinggal sikit dalam kepala, hati dan sanubari aku. Secara jujur, aku sendiri tak pasti.. Dekat mana sebenarnya lokasi kesabaran aku ni. Adekah ia berselindung dalam kepala, menyorok dalam hati atau memang sebenarnya tersemat dijiwa sanubari?

Ewah.. Bahasa macam hape ntah..

Saat-saat nak kena habiskan sesi internship dekat company yang boleh dikira bangang luar biasa ni memang betul-betul mencabar kesabaran aku yang sebenarnya bukanlah seorang yang penyabar. Tapi tak ape, aku act cool. Pretend to be nothing happen.

Weyh, this is a fact.

Setengah company yang ambik praktikal student, die tunjal-tunjal je kepala budak praktikal ni. Silap-silap haribulan, dia suruh buat kerja-kerja cleaner pun boleh jadik. Bukan nak kata apa, ada jugak setengah company yang sebenarnya tak banyak sangat kerja. So, bagi la kerja yang remeh-temeh ni.

Tapi kalau aku, aku tak panggil dia sebagai kerja yang remeh temeh la. Aku panggil dia sebagai kerja-kerja bangsat.

Daripada nak bagi kerja-kerja bangsat ni, kan lagi baik ko bagi je budak2 praktikal ni habis awal, tak pun bagi je cuti sebulan. Nanti kalau ada job nak kena buat roger je la.

Haha kalau company aku nanti aku buat macam ni la, tapi memandangkan aku masih belum ada company...

Kena la sabar dulu ye nampaknya

Tuesday, July 20, 2010

Nak Mintak Pendapat Pembaca.

As for now, aku rasa macam aku ni loser giler...

Satu ape pun aku tak ada. Nak kata harta... Erm jauh sekali. Selalu dengar, satu hadis nabi...

Kalau dunia yang kita mahukan, maka ILMU itu perlu.
Kalau akhirat yang kita mahukan, maka ILMU yang kita perlukan,
Jika kedua-dua yang kita mahukan, maka ia akan kita miliki dengan adanya ILMU

Bila kate je ilmu, tak kisah la ilmu tu sesuatu yang kita dapat secara percuma atau sesuatu yang perlu kita bayar untuk di miliki.

Tapi selalunya, ilmu yang percuma ni yang mahal harganya. Kenapa? Sebab tak semua orang akan bagi kita ilmu dengan percuma.

Nak undur balik bab yang aku kata aku rasa loser gile... aku ada sebut pasal harta, kan..

Sebenarnya aku confius... Nak sangat tau jawapan dia.

Aku ada seorang kawan. Kenal masa dekat sekolah. Belajar tak tinggi mana, maybe sampai form 5.

Sekarang ni aku tengok dia boleh drive one car yang dah nampak macam dia punye sendiri, he is smoking, selalu nampak lepak2 je dekat kedai makan.

Owh! Mana datangnya duit2 untuk tampung cara hidup dia ni?

Sedangkan orang yang kerja bagus, kerja baik pun tak adalah nampak macam se rileks budak ni. Heran... Yang slalu aku nampak, lagi bagus akademik seseorang tu, lagi hardcore la cara hidup and work like hell.

Tapi dekat die ni, nampak macam lain pulak jadinya. Apa ntah rahsia budak ni.

Monday, July 12, 2010

Da Best Moment Time Y'All Student

Wah la wey... Lame siot aku tak nulis dekat dalam ni. Bizi pulak dengan hal sendiri.

Ho ho aku dah praktikal sekarang ni, so kena lupekan sekejap student life, and kena fokus pulak dengan working adult life. Beza? Memang sangat berbeza.

Tak ada la hari-hari fun, enjoyable macam student life dulu. Walaupun aku ni belum betul-betul terjun dalam alam pekerjaan, tapi the feel is there.

Asyik, gembira, marah, frust, stress, dan semua di adun dalam satu wadah.. iaitu tempat di mana aku kena habiskan sisa-sisa hidup aku sebagai internship student. Huh.

Now tak ada lagi la istilah nak lari, nak skip-skip mana2 yang tak suke.

Owh! Aku rasa aku akan tulis ni di lain entry.

Tak seronok pulak rasanye kalau cerita semua dalam satu entry.

Yeah.. See ya and thanx kerana singgah :-)