Saturday, April 3, 2010

Belajar Susah-Susah Untuk Sape?

Entry ni aku rasa agak sinis. Khas untuk aku, dan untuk student-student U yang lain macam aku.

Belajar dekat U. Sape kate senang? Susah wo. Nak masuk dekat U, susah dah. Tapi tu masih belum cukup susah. Bile dah belajar dekat U pulak, la... lagilah bertambah-tambah susahnye. Kalaulah boleh setakat belajar je dekat U, mesti tak ada masalah.

But, you should know that you are on your own when you are in University. Dari makan, basuh baju, pergi kuliah, dan macam-macam lagi lah. Everything! Kalau masa sekolah dulu, at least ada la jugak mummy and daddy yang nak tolong segalanya. Mummy tolong masakkan, tolong basuhkan pakaian, and daddy pulak hantar pergi sekolah.

A'a not now. Sekarang ni la masanya untuk korang berdikari. Berdiri atas kaki sendiri.

But that is another story. Mungkin aku akan tulis something about berdikari. Tunggu je la. Kalau ada, ade lah.

One day, aku jalan-jalan dekat Berjaya Timesquare. Singgah satu kedai baju dekat tingkat 3. Sembang dengan owner kedai tu. Dia kata die ada lagi beberapa buah outlet dalam timesquare itu je. Wei... sewa mahal tu weh kalau sewa dekat timesquare. Ribu-ribu jugak sebulan. Ni dia kate dia ada lebih dari satu, mahu puluh ribu sebulan dia kena bayar.

Sambil sembang tu aku ada cakap english sikit. Berkerut-kerut tokey kedai tu bila aku speaking dengan die. Baru aku tau, rupenye dia tak tau cakap orang putih. LANGSUNG.

What the fun!

Jadi untuk kaitkan dengan motif aku tulis entry aku ni, aku just nak bagitau. Adakalanya kita ni tak perasan, tak tau, tak pernah nak ambik tau sebab ape kita belajar susah-susah selama ni. Kita punye la pulun habis-habisan study bagai nak rak, sudahnya bila dah kerja?

Tak mustahil kita akan dapat boss yang lagi bengap dari kita. Yang tak habis sekolah, yang tak pernah pijak kaki ke sekolah langsung pun ada.

Tapi boss yang macam ni la yang akan tunjal-tunjal kepala kita, yang arah-arah kita nak kena buat ape.

Korang pernah rasa? Korang rasa korang hebat bila ada degree, ada master, ada PhD dan macam-macam lagi. Tapi boss korang lagi power, sebab hanya berbekalkan sijil kantoi UPSR dah boleh arah-arahkan orang macam korang yang ada sijil tinggi menggunung untuk buat ape.

Oh terhinanya.

Friday, April 2, 2010

Betulkan Niat

Kalau korang baca entry aku satu persatu, korang akan dapati yang entry sebelum ni aku story pasal kenapa seseorang tu masuk U.

Ye, memang ada macam-macam sebab. Bak kata orang putih, ada hidden agenda. Eh biasa la, lain orang kan lain cara, lain motif, lain matlamat, dan macam-macam lagi lah yang lain. Tujuan korang masuk U pun aku sure, lain dengan tujuan aku.

Setiap amalan kan bermula dari niat, dan setiap apa yang dilakukan adalah sama dengan apa yang diniatkannya. Macam tu la, maksud hadis.

Hari ni cume entry pendek. Tak terasa macam aku nak membebel panjang. Let's keep the best till the last. Uiceh tak pe ye.

Walau ape pun niat korang semua masuk U, yang penting niat pada awal2 tu kena lah betul. Ikhlaskan hati nak belajar, nak terima ilmu yang berbakul-bakul, yang menggunung dari lecturer2 U nanti.

Dan, let's score for a great result.

Thursday, April 1, 2010

Kenapa Aku Masuk U

Entry ni boleh lah dikatakan sebagai satu kesinambungan kepada entry aku yang lepas. Tajuk entry yang aku maksudkan ialah 'The first lesson: set a correct mindset'.

Korang boleh lah klik pada tajuk link tersebut kalau korang nak tau dengan lebih jelas apa aku bebelkan dalam entry yang sebelum tu. Oh, actually memang banyak aku membebel dalam tu, ada beberapa aku nak clarify dalam post aku yang ni, dan antaranya adalah sebab kenapa seseorang tu memilih untuk masuk U.

Ok first thing first. Ramai orang masuk U sebab nak dapatkan kerja yang baik, nak dapatkan gaji yang tinggi. Ini merupakan tujuan hampir setiap student yang ada atas muka bumi ni. Nak menjawat jawatan-jawatan professional bila dah grad nanti macam nak jadi seorang engineer, akauntan, lawyer dan macam-macam lagi.

Untuk menjadi semua-semua ni, tak boleh tidak, korang mesti ada kelulusan dari Universiti. Jadi tak salah sekiranya korang masuk Universiti sebab nak menjawat jawatan-jawatan penting seperti yang dimaksudkan ni.

Kedua, seorang pekerja yang tak boleh nak naik pangkat sebab tak ada degree. Sesetengah orang lepas je habis SPM, terus kerje. korang bayangkan, 18 tahun bekerja, semua pengalaman dia dah ada. Semua benda dia tahu buat, nak buat kerja-kerja CEO pun tak ada masalah.

Tapi disebabkan dia tak ada degree, nak tak nak terpaksalah dia duduk dibangku kerani selama 18 tahun. So, dia pun masuk U untuk dapatkan degree, lepas dah dapat degree, teruslah naik pangkat. Dengan kata lain, dia masuk U sebab nak naik pangkat.

Selain tu, terdapat jugak setengah golongan manusia ni, yang masuk U, yang nak belaja dekat U semata-mata sebab adik beradik semua masuk U. Benda dah jadi tradisi dan kewajipan dalam keluarga untuk semua adik beradik belajar dekat U. Soal boleh score atau tak, itu bukan masalah. Yang penting masuk U.

Keempat, masuk U sebab dapat tawaran belajar. Boleh kata masuk U ni pun sebab dapat biasiswa. Tak ada pun mintak nak masuk. Cume disebabkan dapat keputusan yang cemerlang masa SPM dulu, tu yang dapat tawaran. Dah dapat, sambar je la. Bukan kena bayar, dapat biasiswa lagi tu.

Kelima, masuk U sebab nak tunjuk dekat kawan-kawan sekolah yang diri tu hebat. Kalau korang berasal dari sekolah dikawasan pedalaman, hampir 90% pelajarnye tak akan masuk U lepas habis sekolah. Masing-masing akan memilih sama ada untuk bekerja, kahwin dan juga duk melepak je dekat uma, tunggu mati.

Keenam. ha yang ni macam cerita hindustan sikit. Masuk U sebab parents paksa. Sebab bila dah sampai masa nanti dia ada tanggungjawab untuk ambik alih bisnes keluarga. Biasanya orang macam ni memang hidup mewah bila dekat U. Dan bila dah grad, kemewahan pun dah siap menanti dia.

Ketujuh, masuk U sebab nak ubah nasib keluarga. Especially untuk keluarga-keluarga yang hidup miskin. Bila anak dapat masuk U ni, moga-moga bila dia dah grad, dah keje dapatlah dia mengubah nasib keluarga. Amiin..

Kelapan, masuk U sebab tak nak berpisah dengan boyfriend/girlfriend masa sekolah dulu. Konon nak sehidup semati, nak jaga antara satu sama lain. Geli den.. uwek

Kesembilan, masuk U sebab nak kan ilmu pengetahuan. Orang jenis ni kadang-kadang tak kisah pun pasal pointer and what so ever. Yang penting dia dapat apa yang dia nak. Dia nakkan ilmu.
ilmu, ilmu, ilmu. Itu dah cukup untuk buatkan dia rasa puas.

Sebenarnya, banyak lagi sebab kenapa seseorang tu masuk U. Banyak. Dan ada jugak yang nak masuk U sebab nak lari daripada rumah. Nak jauhkan diri dari keluarga. Macam-macam la.

Yang pasti setiap dari mereka ni, ada cara tersendiri untuk belajar.