Wednesday, March 31, 2010

Ini Blog Student Life

Salam sejahtera korang semua. Semoga korang sentiasa hepi-hepi selalu ye.

Mungkin selama ni masih ramai yang tak tau pasal ape aku nak buat blog berkenaan dengan student life ni semua. Berbaloi ke? Ade ke orang nak baca?

Erm.. Kalau nak dikira berbaloi atau tak, tu aku serahkan kepada Nuffnang dan mana-mana syarikat pengiklanan yang terlibat untuk tolong jawabkan. Dan berkenaan soalan kedua tu pulak, eheh disebabkan korang baca entry dalam blog aku, ni dah cukup untuk menjawab persoalan ada orang nak baca ke tak tersebut.

Eh, korang ni pun orang kan. Kira ada la jugak orang yang nak baca.

Diari budak U... Basically aku tulis berkenaan dengan hidup sebagai seorang student. Perlu ke nak belajar 24 jam sehari? Mesti ke setiap masa bergelumang dengan aktiviti akademik semata-mata?

Dan mungkin korang jugak ada nak tau, bagaimanakah yang dikatakan kehidupan yang ideal sebagai seorang student. Dan macam-macam lagi aku akan cuba tangkap muat dalam blog ni.

Apa yang aku harapkan cumelah agar korang semua bakal enjoy untuk baca segala bagai entry yang aku hasilkan dengan penat lelah ni. Ya, ada yang semberono, ada yang macam bagus, dan macam-macam ada.

Itu rencah kehidupan manusia. Aku insan yang lemah. Aku tak mampu untuk menjerit dengan kuat sehingga satu dunia mampu mendengar mesej yang cube aku sampaikan. Yang termampu untuk aku lakukan, hanyalah menulis. Aku harap sedikit sebanyak ia boleh menjadi panduan.

Mana yang baik silalah ambik, dan mana yang tak baik, anggaplah ia sebagai satu gurauan kasar dari aku. Mungkin aku ada terbagi saranan dan nasihat yang merapu, yang tu korang semua boleh buat tak tau dan anggaplah aku tengah tulis lagu.

By the way, aku nak highlight dekat sini, walaupun aku kata berkenaan dengan student life, ini tak bermakna aku menulis berkenaan pelajar sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan apa-apa yang bersangkutan.

Blog ini aku target pada golongan mahasiswa universiti, sama ada swasta mahupun awam. Itu saje. So, aku harap korang takkan terkeliru lepas ni.

3 comments:

  1. kalau aku dah kerja

    takleh baca ke :(

    merajuk ar

    ReplyDelete
  2. mcm seronok je bunyi reminder tuh. hahahaha

    ReplyDelete
  3. WaNiE : Alah jangan la merajuk, yang dah kerja lagi lah digalakkan untuk baca. Kalau yang dah keje ni gerenti boleh bagi nasihat untuk adik2 yang masih belajar dekat U ni. kan kan

    Nurfaiz Shaidan : Reminder yang mane tu hahha

    ReplyDelete