Wednesday, October 2, 2013

Bisnes Rendah Risiko Untuk Pelajar IPT

Zaman aku belajar dulu, aku tak pernah dengar langsung tentang konsep dropshipping. Aku langsung tak tau apa benda dropshipping tu.

Masa tu, sekitar tahun 2008, konsep ni masih lagi tak begitu popular.

Sekarang ni je, kalau kita taip je bisnes dropship dekat google, ada berlambak-lambak website yang dah tulis pasal bisnes dropship.

The nature of business yang aku kira agak low risk menjadikan ia sesuai untuk dilakukan oleh pelajar universiti.

Bisnes ni sama ada nak dilakukan dengan modal yang minima atau tak perlu ada modal langsung.

Pandangan peribadi aku, kalau ada mana-mana supplier yang mintak deposit, yuran ahli bla bla bla, ko abaikan la dia.

Dia tu syok sendiri. Mungkin dia ingat dia seorang je yang boleh supply barang. Pengalaman peribadi aku, ada banyak orang boleh jadi supplier.

Dengan syarat korang pun kena ambil masa dan join FB group, like fanpage jual barang dan sebagainya. Tak salah bertanya.

Mereka yang mencari, mereka pasti akan jumpa.

Step by step buat bisnes dropship simple je.

1. Kenal pasti supplier.

2. Hubungi supplier dan dapatkan quotation, gambar produk dan sebagainya.

3. Gambar produk yang kita dah dapat, kita buat promosi di media sosial, ataupun boleh promote offline.

4. Bila ada customer berminat, mintak dulu customer bayar, lepas tu baru order dari supplier.

5. Tunggu supplier hantar barang.

6. Siap

Semudah 6 step untuk buat bisnes dropship. 


Sunday, September 29, 2013

Hutang PTPTN : Bila Dah Berhutang Wajib Bayar

Hutang PTPTN ni memang potong stim betul la. Elok-elok aku langsung tak ada hutang, sekarang ni aku dah terjebak pulak dengan hutang yang bukan disengajakan.

Memang la dengan bantuan kewangan dari PTPTN, aku dapat menuntut ilmu.

Aku dapat kenal apa itu pengurusan kewangan.

Tak apa, ini bukan satu ayat penyesalan.

Lepas habis belajar hari tu, hujung bulan duit mesti habis. Habis pakai untuk keperluan asas dan keperluan untuk pergi kerja.

Sekarang bila aku dah ubah cara aku buat duit, dari kerja makan gaji kepada kerja sendiri, pun sama jugak. Duit masih lagi tak cukup untuk bayar hutang PTPTN.

Sekali sekala terpaksa jugak aku dulukan duit aku sendiri untuk buat modal berniaga.

Kerja makan gaji, kerja sendiri... sama je susahnya. Walaupun datangnya dalam wajah yang berbeza.

Bila ingat-ingat balik, ada jugak duit PTPTN yang aku gunakan untuk tujuan selain untuk study. :-)

Patutnya... guna 100% untuk belajar. Kalau buat macam tu, duit sebenarnya ada berlebih-lebih. 

Sekarang ni aku tengah pertimbangkan, aku rasa aku nak bayar PTPTN sehari seringgit :-)

Boleh kan buat macam tu.

Kan orang kata... janji kita bayar.

Kalau hutang kad kredit, aku kena selesaikan jugak. Kalau boleh nak selesaikan hutang kad kredit cepat-cepat. Bahaya hutang kad kredit ni kalau kita simpan lama-lama.


Saturday, September 28, 2013

Budak Universiti Ramai Salah Langkah Join MLM

Apa dah jadi dengan budak-budak U yang beriya-iya promote MLM ni? Diorang ni dah salah langkah ke macam mana? Lupa ke mereka ni, yang student ni tanggungjawabnya ialah untuk study.

Bukan pergi join MLM atau buat bisnes yang bukan-bukan. Menyibukkan diri ke sana ke sini, sebab nak beri dakwah MLM.

Yang buat aku pelik, mana la diorang ni dapat duit sampai ribu-ribu ringgit sebab nak masuk MLM. MLM yang diorang ni masuk tu pulak yang jenis get rich quick scheme pulak tu.

Nak kaya cepat-cepat nak buat apa? Take your time la brother.

Enjoy your youth. Enjoy your student life.

Nanti bila dah habis belajar, ha lantak ko la nak buat apa pun. Tak ada siapa pun yang nak larang.

Ni sampai ada yang cerita pengalaman pahit join bisnes network marketing ni. Tak syok la macam ni.

Dah ko tu tak fikir panjang, kenapa. Bisnes ni ada risiko. Apa jenis bisnes sekalipun la... memang tak lari daripada risiko.

Jadi masa mula-mula dengar pasal peluang buat duit dengan MLM ni, tak pernah tergerak hati ke nak tanya... apa risiko dia?

Kalau dalam masa 3 bulan tak balik modal macam mana?

Kalau dalam masa 6 bulan tetap tak ada orang yang nak join bawah aku macam mana?

Kalau dalam masa dua bulan ni aku nak pakai duit macam mana? Duit ni semua aku dah habiskan untuk join MLM. Macam mana? Siapa yang nak tolong?

Kehidupan kat U ni sangat pantas. Setiap hari mesti akan belajar benda baru. Lagi-lagi kalau kos yang kita ambik tu, kita tak ada basic.

Memang tak terkejar nak belajar semua. MLM ke apa benda ni semua gangguan semata-mata. Korang nak kena keluar, attend meeting, ada gathering, lepak-lepak dengan ahli, business meeting, brainstorming...

Bai.... banyak betul masa ko nak buat tu semua. Pukul 8 keluar dari hostel, pukul berapa nak balik?

Paling cepat 3 pagi. Biasanya, dekat-dekat pukul 5 baru nak balik. Esok pagi kelas pukul 8. Kalau boleh bangun, boleh la pergi. Kalau tak boleh bangun... skip kelas.

Merepek la budak-budak yang dah terlanjur masuk MLM ni.

Kalau betul nak masuk jugak MLM, start small. Kepala tak pening. Yang penting finish big.

Jangan sekadar start big, finish apa pun tak ada. MLM ada yang kecik-kecik modalnya. Lepas tu boleh gunakan internet sebagai medium pemasaran.

Yang ko tiap-tiap hari bawak prospek, belum tentu lagi diorang ni akan masuk pun kan.

Entah lah. Dah besar kan? Rasa dah masuk U dah pandai kan? So fikir la sendiri.